Pernahkah anda menyangka iPhone yang sudah berusia 5 tahun kembali menjadi ‘barangan berharga’ hanya kerana memiliki game yang pernah dimuat turun secara percuma?
Apa yang lebih mengejutkan iPhone ‘tua’ ini kembali dijual dengan harga berpuluh kali ganda lebih tinggi daripada harga mula ditawarkan Apple. Ya, perkara ini benar-benar berlaku dan menjadi fenomena pada minggu ini apabila Apple secara rasminya telah membuang game Fortnite daripada App Store berikutan pelanggaran undang-undang.
Hal ini secara tidak langsung membuatkan mereka yang mahu memuat turun game popular Fortnite tidak lagi dapat melakukannya. Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai game ini pada iPhone tidak akan dipadam sekaligus membuatkan iPhone yang memiliki game ini melonjak harganya.
Berdasarkan pencarian kami, Apple iPhone 4 sehingga iPhone terbaru yang memiliki game Fortnite kembali menjadi buruan serta banyak ditawarkan di laman Ebay dengan harga yang tinggi dan tidak munasabah. Malah terdapat pihak yang telah mengambil kesempatan dengan menawarkan iPhone 6s yang memiliki game Fortnite dengan harga sehingga RM107,233.46.
Selain itu, terdapat juga seleksi iPhone lain yang ditawarkan dimana rata-ratanya menawarkannya dengan harga sekitar lima angka. Setakat ini, Apple dan Epic Games sedang mencari kata sepakat untuk membolehkan Fornite ditawarkan di App Store semula yang sekaligus bakal menguntungkan kedua-dua belah pihak.
Epic Games juga dilihat tidak gentar dengan Apple sekaligus terus memuat naik video memerli Apple sejurus selepas disekat daripada App Store. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu ini.
https://www.thevocket.com/disekat-kerana-langgar-peraturan-fortnite-hadir-dengan-video-perli-iklan-apple/
https://www.thevocket.com/apple-iphone-12-dijangka-bakal-dilancarkan-12-oktober-ini/