iPhone 13 Bakal Menyokong Komunikasi Satelit LEO Bagi Penggunaan Sewaktu Tiada Signal

Seperti yang kita sedia maklum, iPhone 12 sudahpun mempunyai sokongan rangkaian 5G mengikut penyedia rangkaian yang dipakai. Sementara siri iPhone 13 pula dikhabarkan bakal hadir dengan teknologi komunikasi yang lebih canggih berasaskan satelit LEO.

Berdasarkan penganalisis terkenal, Ming-Chi Kuo memaklumkan iPhone 13 bakal dilengkapi dengan sokongan komunikasi satelit LEO. Hal ini sekaligus membolehkan pengguna iPhone 13 untuk membuat panggilan serta menghantar pesanan tanpa perlu sambungan rangkaian 4G atau 5G.

Sumber Gambar: Slash Gear

Untuk pengetahuan, satelit LEO merupakan sebuah sistem komunikasi satelit orbit rendah bagi kegunaan komunikasi berasaskan satelit yang beroperasi di atas permukaan bumi. Apple turut dikhabarkan akan menggunakan sebuah cip modem Qualcomm X60 yang hadir dengan ciri sokongan komunikasi satelit.

Walau bagaimanapun setakat ini hanyalah spekulasi daripada penganalisis sahaja. Masih belum belum diketahui tentang penawaran servis tersebut sama ada pengguna perlu membayar mengikut penggunaaan atau sebaliknya. Sama-sama kita nantikan pengenalan iPhone baharu untuk mengetahui ciri-ciri terbaru yang disertakan pada kali ini.

Antara ciri menarik yang dijangkakan pada kali ini adalah kehadiran rekaan peranti iPhone 13 tanpa sebarang butang fizikal yang tampak lebih elegan.

Apple iPhone 13 Mungkin Akan Ditawarkan Tanpa Butang Fizikal

Siri iPhone 13 Mungkin Dijual Dengan Harga Lebih Mahal Berbanding iPhone 12

Sumber
Exit mobile version