Jika sebelum ini Caviar pernah melancarkan AirPods Pro dengan salutan emas 18-karat, pada kali ini pengeluar dari Rusia ini hadir lagi dengan koleksi terhad menampilkan iPhone 11 Pro yang diinspirasikan Tesla Cybertruck.

Melalui model ini, Caviar dilihat menggunakan material berkualiti tinggi dengan penggunaan titanium pada kerangka iPhone termasuk pada bahagian skrin pelindung iPhone.

https___hypebeast.com_image_2020_01_caviar-iphone-11-pro-tesla-cybertruck-elon-musk-07

https___hypebeast.com_image_2020_01_caviar-iphone-11-pro-tesla-cybertruck-elon-musk-005

Menariknya, cover iPhone yang diinspirasikan pada bahagian belakang Tesla Cybertruck membolehkan pengguna menempatkan iPhone diatasnya bagi memudahkan aktiviti panggilan video. Anda boleh tonton video di bawah untuk maklumat lanjut.

Buat anda selaku peminat Tesla Cybertruck dan Elon Musk serta mahu tampil unik dengan iPhone 11 Pro anda, koleksi edisi terhad ini sedia untuk ditempah dengan harga permulaan $5,256 (RM21,495). Difahamkan cuma 99 unit yang bakal dihasilkan Caviar pada koleksi ini.

Kami kongsikan kepada anda koleksi terhad yang pernah ditawarkan Caviar sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

https://www.thevocket.com/iphone-11-pro-dengan-cebisan-baju-steve-jobs-mula-dijual-dengan-harga-rm26298/

https://www.thevocket.com/caviar-lancar-pengecas-iphone-inifinity-gauntlet-berharga-rm31275/