Siapa sangka di sebalik harganya yang premium, iPhone 11 masih berjaya muncul sebagai telefon pintar paling popular di dunia menurut Canalys selaku badan penganalisa trend jualan telefon pintar.
Berdasarkan data yang dikongsikan, iPhone 11 yang diperkenalkan pada September 2019 berjaya menjadi telefon paling popular diikuti dengan Redmi Note 8 & 8T dan Samsung Galaxy A51. Berikut merupakan carta yang dikongsikan oleh Canalys bagi suku peratma 2020.
Apa yang mengejutkan ramai adalah jumlah penjualan iPhone 11 yang jauh meninggalkan tempat kedua iaitu Xiaomi Redmi Note 8 & 8T dengan perbezaan sebanyak 10 juta jualan.
Selain itu, dapat dilihat juga cuma tiga jenama daripada beberapa model berbeza berjaya menjadi pilihan ramai dimana Samsung menguasai carta dengan penyertaan daripada empat model. Model flagship iPhone seperti iPhone 11 Pro Max dan iPhone 11 Pro masing-masing turut tersenarai dalam carta ini.
Melihat kepada carta Canalys, dapat disimpulkan harga yang tinggi pada sebuah telefon pintar bukan masalah untuk pengguna mendapatkannya sekaligus membuatkan sesebuah telefon pintar menjadi model paling popular.
Agak menarik untuk menyaksikan adakah Apple bakal meneruskan trend penawaran iPhone dengan harga rendah menerusi keluaran terbaru mereka. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
https://www.thevocket.com/apple-iphone-12-bakal-ditawarkan-dengan-harga-sekitar-rm2749/
https://www.thevocket.com/dianggap-rare-iphone-5-menjadi-buruan-di-ebay-dengan-harga-sehingga-rm3452/