Selepas pelancaran siri terbaharu iPhone penghujung tahun lalu, kini pihak Apple sedang dalam usaha untuk menghasilkan yang terbaik buat pengguna. Pastinya keluaran terbaharu syarikat tersebut akan memberikan pembaharuan buat pengguna. Menurut laporan Forbes, salah satu ciri terbaik yang akan ditampilkan ialah penggunaan kamera 3D.

Laporan berkenaan menyebutkan penggunaan kamera 3D tersebut mampu menangkap gambar jarak jauh. Ciri ini dihasilkan dengan kerjasama Apple dan Sony yang dipercayai akan memberi kepuasan dan impak besar dalam bidang fotografi dan permainan video.

iPhone-X-Rear-Glass

Bukan itu sahaja, pihak Sony juga mengeluarkan kenyataan bahawa ciri tersebut juga akan digunakan pada kamera hadapan model terbaharu iPhone nanti. iPhone 11 akan dijadualkan menemui pengguna menjelang bulan September nanti. Mungkinkah kerjasama ini dapat menandingi telefon pintar daripada jenama lain? Kita tunggu dan lihat.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber