Menerusi acara pelancaran Apple yang terbaharu, mereka telah mengumumkan tentang penawaran kemas kini iOS 15 yang bakal diterima oleh sejumlah pengguna peranti Apple pada 20 September ini. Kebiasaanya, Malaysia bakal menerima pada hari berikutnya iaitu 21 September yang boleh didapati sekitar pukul 1 pagi kelak.

Untuk makluman, kemas kini iOS 15 bakal ditawarkan kepada peranti model iPhone 6S sehinggalah siri iPhone 13 terbaru sementara bagi peranti iPad pula akan disediakan untuk iPad Air 2 dan ke atas. Pengenalan kemas kini iOS 15 kali ini membawakan sejumlah pembaharuan pada fungsi yang sedia ada bagi pengalaman penggunaan yang lebih menarik.

Sumber Gambar: Apple
Sumber Gambar: Apple

Antara ciri yang menarik pada kali ini adalah ciri SharePlay di mana ianya membolehkan pengguna menstrim konten media bersama kawan-kawan secara serentak menerusi Facetime. Dalam masa yang sama, fungsi audio spatial juga tersedia untuk memberikan pengalaman berkomunikasi seperti di dunia sebenar.

Sebahagian perisian telah dikemas kini dengan antara muka yang lebih kemas seperti notifikasi, Maps, laman Safari, Spotlight dan sebagainya. Terdapat juga fungsi Live Text yang mana boleh menterjemah bahasa pada teks yang terdapat pada imej.

Sekiranya peranti iPhone dan iPad yang anda gunakan tersenarai untuk mendapatkan kemas kini iOS 15 ini,  dijangka iOS 15 akan tersedia secara automatik apabila sudah tiba masanya. Anda juga boleh menyemak secara manual menerusi tetapan pada iPhone berkenaan.

Demi menjaga alam sekitar, Apple tidak menyertakan lagi pembalut plastik pada siri iPhone 13 yang dijual kelak.

Mahu Jaga Alam Sekitar, Kotak iPhone 13 Akan Ditawarkan Tanpa Plastik Pembalut

Siri iPhone 13 Sedia Ditawarkan Secara Rasmi Di Malaysia Seawal 8 Oktober Ini

Sumber