Interland, Permainan Interaktif Daripada Google Khas Buat Kanak-Kanak

Google For Education melalui kempen mereka iaitu ‘Be Internet Awesome Program’ telah melancarkan sebuah permainan digital iaitu Interland.

Permainan yang dikeluarkan, Interland bertujuan untuk mengajar kanak-kanak cara menggunakan teknologi dengan berhemah melalui grafik permainan yang mesra golongan kanak-kanak. Selain itu, ia dapat memberi ibu bapa dan warga pendidik bahan-bahan untuk membantu mereka mendidik kanak- kanak ini mengurus interaksi sosial dalam media digital masing-masing.

Secara ringkasnya, Interland adalah sebuah permainan dalam talian yang padat
dengan pengembaraan bagi mendidik kanak-kanak berkaitan keselamatan digital
dan menjadi pengguna digital yang bijak.

Di dalam permainan tersebut, pemain akan dipanggil sebagai Internaut dan mereka perlu membantu rakan-rakan Internaut yang lain daripada unsur-unsur negatif di alam maya. Mereka akan dilatih untuk memiliki kemahiran yang pentingn bagi menjadi rakyat digital yang baik.

Tahap permainan ini akan terbahagi kepada empat dengan tujuan yang berbeza dan ia berbentuk pulau-pulau terapung seperti Kind Kingdom, Reality River, Mindful Mountain, dan Tower of Treasure. Pulau-pulau ini akan memberikan pengajaran yang berbeza melalui beberapa siri permainan mini masing-masing.

Permainan yang berasaskan pendidikan ini dapat dimainkan oleh pelbagai lapisan
masyarakat kerana ia memupuk nilai-nilai kebaikan melalui etika yang rata-rata pengguna media digital di Malaysia masih kurang kesedaran mengenainya.
Buat anda yang berminat untuk mencuba, anda boleh klik di sini.

Selain itu, Google baru-baru ini turut memaparkan permainan terbaik Google Terbaik mereka pada paparan utama laman web mereka. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

https://www.thevocket.com/mahu-elak-orang-ramai-kebosanan-google-doodle-paparkan-permainan-terbaik-sepanjang-dua-minggu/

https://www.thevocket.com/lelaki-ini-berjaya-menipu-google-maps-dengan-menghasilkan-traffic-jam-palsu/

Exit mobile version