Instagram kini memperkenalkan ciri ‘Quiz’ baru pada aplikasi tersebut yang membolehkan pengguna menyiarkan soalan yes/no-styled sepenuhnya di Instastory dalam pelbagai gaya emoji dan soalan supaya pengikut mereka dapat berinteraksi dan mengundi.
Dengan adanya ciri terbaru Quiz ini, pengikut akan lebih mudah untuk memilih jawapan pilihan mereka dengan hanya menekan pada kuiz yang diberikan antara dua mahupun empat pilihan jawapan dalam satu masa.
Starting today, you can use the new quiz sticker in Stories to ask your friends and followers a multiple-choice question. See how well your friends know you. 🤔🙃 pic.twitter.com/a6y1PaOnSY
— Instagram (@instagram) April 23, 2019
Menariknya, anda sudah boleh menggunakan ciri terbaru ini bermula hari ini di aplikasi Instagram anda yang akan tersedia di kedua-dua platform media sosial iaitu iOS dan Android. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba.