Bersempena dengan kedatangan bulan mulia Ramadan, Instagram tidak ketinggalan dalam memberikan pembaharuan. Terkini menerusi kemaskini terbaharu, pengguna akan menerima filter Ramadan terbaharu untuk Insta Stories yang dikenali sebagai ‘Lantern’.

Filter ini merupakan filter Ramadan pertama yang diperkenalkan oleh Instagram semenjak pertama kali beroperasi. Menurut kenyataan pihak Instagram sendiri, mereka mengambil inisiatif untuk menyediakan filter khas ini memandangkan kadar pertumbuhan post mengenai Ramadan menunjukkan peningkatan saban tahun dari tahun lepas hingga kini.

Instagram-Ramadhan-MonthOfGood
Sumber: Nasilemaktech

Insta Stories anda pastinya lebih bergaya dengan penggunaan filter khas sempena bulan Ramadan ini.