Baru-baru ini, Instagram telah mengemaskini informasi aplikasinya dengan memaparkan In-App Purchases yang merangkumi Instagram Badges. Pakej yang ditawarkan pula tidak mempunyai sebarang informasi lanjut yang membuatkan ramai pengguna tertanya-tanya fungsi langganan tersebut.

Terbaharu, Instagram telah melancarkan ciri badges buat pengguna di Amerika Syarikat, di mana pencipta konten boleh menerima bayaran daripada penonton apabila membuat konten secara langsung. Difahamkan ciri ini sudah diuji terlebih dahulu dan kini diperluaskan kepada lebih 50,000 pengguna lain.

Penonton pula boleh membeli lencana tersebut dengan harga bermula daripada $0.99 (~RM4.14) sehingga $4.99 (~RM20.86). Manfaat yang diterima dengan mendapatkan lencana ini adalah penerimaan mesej ucapan terima kasih khas dan juga komen atau soalan yang dilontarkan lebih mudah untuk dilihat sepanjang live berlangsung.

Menerusi kemas kini terbaru, pengguna yang berusia lebih daripada 18 tahun serta mempunyai lebih daripada 10,000 pengikut untuk bagi memohon ciri tersebut menerusi aplikasi Instagram.

Pengguna boleh menyemak status permohonan mereka melalui Dashboard Profesional dan selepas diluluskan barulah boleh memasang ciri Badges pada akaun tersebut. Penambahan ciri ini secara tidak langsung dapat meningkatkan sumber pendapatan seseorang dan sekaligus menarik lebih banyak pengguna baharu.

Untuk pengetahuan, ciri terbaru ini masih lagi dalam peringkat awal dan belum diperluaskan ke seluruh negara. Sama-sama kita nantikan sekiranya fungsi terbaru Instagram ini bakal ditawarkan buat pengguna di Malaysia atau sebaliknya.

Selain itu, Instagram juga turut memperkenalkan ciri privasi baharu buat para pengguna untuk menggelakkan buli siber.

Mahu Elak Buli Siber, Instagram Perkenalkan Ciri Privasi Baharu Buat Para Pengguna

Instagram Bakal Kenakan Bayaran Langganan Kepada Pengguna, Bermula RM4.90 Sebulan

Sumber