Instagram Bakal Mula Hilangkan Jumlah ‘Likes’ Dalam Aplikasi

Mula dicadangkan sejak awal tahun ini, Instagram pada minggu ini nampaknya sudah mula menghilangkan atau menyembunyikan jumlah likes pada sejumlah pengguna di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan bakal diperluaskan kepada beberapa negara lain tidak lama lagi.

Menurut pengarah urusan Instagram, Adam Mosseri, tujuan pembuangan jumlah likes ini dibuat bagi menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih sihat buat para pengguna.

Difahamkan fungsi likes yang tersedia sebelum ini telah membuatkan seseorang individu sering membanding-bandingkan jumlah likes yang diterima sekaligus menyebabkan depresi dan sebagainya.

Meskipun ketiadaan fungsi likes ini sekaligus membuatkan orang ramai lebih selesa dan lebih terbuka untuk berkongsi gambar tanpa mengharapkan jumlah likes, ketiadaan fungsi ini sekaligus bakal memberi kesan khususnya kepada instafamous serta para selebriti.

Pada bulan lalu, Instagram tidak lagi membenarkan anda stalk rakan anda melalui tab following. Selain itu, fungsi dark mode kini turut tersedia pada iOS dan Android.

https://www.thevocket.com/instagram-tidak-lagi-membenarkan-anda-stalk-aktiviti-akaun-rakan-anda/

https://www.thevocket.com/cara-aktifkan-dark-mode-instagram/

Exit mobile version