Bermula hari ini, Instagram bakal menyekat dan menyembunyikan carian untuk hashtag yang memaparkan maklumat palsu yang direka berkaitan anti-vaksin.

Sekiranya didapati penggunaan hashtag vaksin yang mengandungi banyak maklumat palsu digunakan, secara automatiknya Instagram akan terus menyekat hashtag tersebut sepenuhnya. Maklumat palsu mengenai vaksin ini merupakan kesalahan yang telah disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Pusat Kawalan Penyakit dan organisasi yang berkaitan.

1045628868.jpg.0
Sumber: VOX

Instagram juga turut merancang untuk memperkenalkan mesej pop-up untuk individu yang ingin mencari maklumat mengenai vaksin. Sistem mesej pop-up ini akan terus  menghubungkan mereka dengan maklumat yang lebih berkualiti mengenai maklumat yang mereka cari.

Pihak Instagram bercadang untuk membuang dan menyekat sepenuhnya maklumat palsu mengenai anti-vaksin pada peringkat awal sistem ini diperkenalkan. Namun, untuk meneruskan usaha membuang maklumat palsu tersebut akan mengambil sedikit masa.