Ini Tip Ambil Gambar Ketika Melancong Untuk ‘Beginner’

Setiap kali travel, perkara yang kita takkan pernah terlepas adalah ambil gambar atau rekod video kenang-kenangan dengan kawan-kawan sebab yelah, bukan selalu jalan-jalan. Selain post di media sosial, kita akan simpan gambar-gambar itu untuk tatapan pada masa akan datang.

Tapi, apabila tiba masa nak ambil gambar, ada sahaja masalah yang timbul. Lighting tidak cukuplah, tangan gegarlah, zoom pecah dan macam-macam lagi. Kali ini kami ingin share tips dan rahsia macam mana nak ambil gambar atau video macam pro ketika travel.

Untuk pengetahuan, semua tips dan rahsia ini ada pada smartphone terbaru keluaran HONOR MalaysiaHONOR 20 Pro. Ia turut disenaraikan sebagai smartphone HONOR dengan prestasi kamera terbaik dan menerima skor 113 oleh DxOMark Mobile dan terletak di tangga kelima teratas seiring HUAWEI P30 Pro.

Tak cukup lighting? Guna Super Night Mode

Bila travel ini, pagi petang siang malam kita akan manfaatkan masa lawat tempat best-best. Tidak ambil gambar mesti rugi kan? Tapi, kalau tempat anda lawat waktu malam itu kurang sumber cahaya, stress nak cari lighting bagi gambar cerah kan?

Tapi, kalau anda guna HONOR 20 Pro, ia dilengkapi Super Night Mode yang dikuasakan oleh AIS algorithm seiring 4-axis OIS yang membolehkan imej tajam diambil walaupun subjek bergerak dan cahaya tidak mencukupi. Gambar tetap clear!

Selain itu, HONOR 20 Pro ini juga dilengkapi ISO sehingga 248,000 berbanding pesaingnya yang menawarkan ISO sekadar 1,250 dan aperture f/1.4 terbesar di antara pesaing-pesaingnya. Patutlah dalam keadaan gelap pun gambar tetap cantik!

Tiada lagi gegaran ketika merakam video

Selain ambil gambar, mesti ada sorang kawan yang rajin rekod video ketika travel. Apabila sudah balik Malaysia, pandailah dia edit video itu bagi cantik. Tapi, satu sahaja cabaran rekod video ini apabila tangan anda asyik bergegar ataupun lalu jalan berliku. Payahnya nak rekod video paling steady!

Tapi, dengan HONOR 20 Pro yang dilengkapi EIS dan dual optical image stabilization (OIS), tiada lagi gegaran ketika merakam video walaupun tangan anda bergegar atau melalui jalan berliku.

Selain menstabilkan video, HONOR 20 Pro juga berupaya untuk merakam video slow-motionpada 960 fps dalam resolusi 720p. Anda sendiri boleh nampak setiap perincian pada setiap frame, cantik video anda bercuti nanti!

Tangkap gambar bulan lebih cerah, langsung tidak pecah

Sesetengah daripada kita suka enjoy scenery waktu malam sambil baring, borak dengan kawan dan melihat langit ditemani bintang serta cahaya bulan waktu travel. Bila bulan penuh, mesti geram nak ambil gambar bulan sebab cantik sangat. Tapi, mesti gambar pecah kan sebab nak kena zoom banyak kali?

Dengan HONOR 20 Pro, anda tidak payah takut kalau gambar bulan anda pecah. Ia dilengkapi 8MP telephoto lens yang membolehkan anda zoom sehingga 30x sehingga ke bulan. Gambar yang diambil langsung tidak pecah! Jadi, bolehlah siap sedia kalau bulan penuh lagi lepas ini!

Jom dapatkan HONOR 20 Pro sekarang!

Selain 8MP telephoto lensHONOR 20 Pro turut dilengkapi 3 lagi kamera belakang iaitu 2MP macro lens, 16MP Super Wide-Angle lens dan 48MP AI Ultra Clarity yang mampu menghasilkan gambar crystal clear untuk kepuasaan anda. Malah, kamera selfienya turut menyokong sehingga 32MP yang memberikan kualiti selfie definisi tinggi!

Bagi mencapai kepuasan menggunakan smartphoneHONOR 20 Pro dikuasakan dengan RAM 8GB dan storan sehingga 256GB yang cukup untuk menyimpan segala memori dan kenangan anda ketika travel.

Malah, ia turut diberikan kemasan warna baharu iaitu Icelandic Frost yang menawan. Memang sesuai untuk gadis-gadis trendy masa kini! Tunggu apa lagi? Jom dapatkan HONOR 20 Pro!

HONOR 20 Pro dijual pada harga RM2,299 dan ia kini sudah boleh didapati secara online atau kedai HONOR berhampiran. Untuk maklumat lanjut, layari laman web HONOR.

Mudah sahaja untuk mendapatkan gambar yang ‘awesome’ ketika melancong. Anda mungkin berminat untuk ketahui cara mengambil gambar ketika travel secara solo.

https://www.thevocket.com/ini-caranya-ambil-gambar-awesome-ketika-travel-secara-solo/

https://www.thevocket.com/6-tip-ambil-gambar-sebagai-amatur-tapi-hasil-bagai-pro/

Exit mobile version