Ini Sebabnya Anda Wajib ‘Shopping’ Di PGMall Sempena Merdeka Sale Yang Bakal Tiba

Sejak wabak COVID-19 melanda, dapat dilihat trend orang ramai yang sebelum ini lebih selesa berbelanja di kedai fizikal kini beralih kepada kedai online. Hal ini berjaya dibuktikan apabila laman e-commerce semakin meriah sejak akhir-akhir ini.

Dalam pada itu, tahukah anda pemilihan laman e-commerce yang tepat membolehkan anda mendapat penjimatan berganda? Platform yang kami maksudkan sudah pastinya PGMall.

Berjaya dinobatkan sebagai laman e-commerce nombor satu negara dan juga satu-satunya platform e-commerce tempatan, PGMall nampaknya bakal melangsungkan kempen terbaru tidak lama lagi dimana anda berpeluang berbelanja dan berjimat menerusi penawaran kupon yang ditawarkan.

Merdeka Sale

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang bakal berlangsung, laman PGMall bakal melancarkan Merdeka Sale membolehkan para pelanggan mendapatkan barangan beserta diskaun menerusi kupon istimewa.

Menerusi kupon yang ditawarkan, para pelanggan berpeluang mendapatkan kupon bernilai RM8 manakala caj pengeposan juga turut ditawarkan secara percuma. Tawaran istimewa ini sedia untuk direbut buat 10,000 pelanggan terawal PGMall dengan perbelanjaan sebanyak RM31 dan ke atas.

Bukan itu sahaja, PGMall juga bakal turut melancarkan Flash Sale yang berlangsung selama 24 jam dimana para pelanggan boleh mendapatkan seleksi barangan dengan harga serendah RM6 sahaja. Menarik bukan?

PG Mall 9.9 Double Digit Sales 

Tidak cukup dengan itu, bersempena dengan jualan 9.9 yang bakal tiba, anda turut berpeluang berbelanja menggunakan kupon dengan diskaun 9% serta mampu berjimat sehingga RM99. Kupon yang ditawarkan sedia untuk didapatkan buat pembelian RM50 dan ke atas.

Lebih menarik, barangan yang ditawarkan menerusi Flash Sales sedia untuk didapatkan dengan harga serendah RM0.99 sahaja. Serius murah!

Bukan itu sahaja, PG Mall turut menawarkan caj pengeposan percuma bernilai RM4 untuk setiap perbelanjaan melebihi RM19. Kupon ini sah untuk didapatkan buat 10,000 pelanggan terawal yang shopping di PGMall.

Apa tunggu lagi? Siap sedia wish list barangan yang mahu anda dapatkan dan berbelanja dengan diskaun berganda menggunakan kupon daripada PGMall sempena Merdeka Sales dan jualan 9.9 yang bakal tiba.

Ikuti juga kisah lucu Lee Chong Wei shopping barang dapur yang berjaya membuatkan para netizen terhibur.

https://www.thevocket.com/kisah-lucu-lee-chong-wei-shopping-barang-dapur-buat-netizen-terhibur/

https://www.thevocket.com/pakai-face-mask-buat-kulit-kusam-rawat-wajah-anda-di-beauspring-aesthetic-hanya-rm63-sahaja/

Exit mobile version