Berbaki beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi Samsung Galaxy S10, nampaknya lebih banyak rekabentuk model ini yang tertiris. Terbaru, model ini dapat dilihat dengan jelas dengan penawaran skrin yang dinamakan daripada Infinity-O daripada Samsung.
Selain itu, difahamkan Samsung akan mengeluarkan tiga telefon pintar secara serentak melalui model Galaxy S10 Lite, Galaxy S10 serta Galaxy S10+. Berikut merupakan model Galaxy S10 dan Galaxy S10+ yang tertiris.
Dari segi spesifikasi, Samsung dijangka hadir dengan processor Exynos 9820, RAM 8 GB serta ruang storan 128 GB. Dijangkakan beberapa variasi bakal dikeluarkan melihat kepada pengeluaran model-model sebelum ini. Menariknya, model Galaxy S10+ dilaporkan bakal hadir dengan pengimbas cap jari diatas skrin yang dikatakan lebih memudahkan pengguna.
Seperti juga model keluaran Samsung melalui siri Galaxy sebelum ini, model ini bakal hadir dengan beberapa variasi serta hadir dengan saiz skrin yang berbeza. Sama-sama kita nantikan apakah lagi kejutan yang bakal dibuat Samsung sempena pelancarannya pada 21 Februari ini.