Ini Mungkin Rekaan Apple iPhone Keluaran 2020

Baru sahaja Apple melancarkan tiga model bagi keluaran tahun ini dan mula dibuka jualan, nampaknya ura-ura bagi model iPhone keluaran tahun hadapan telah pun hadir.

Pada kali ini, @BenGeskin selaku individu yang kerap mengongsikan mengenai ura-ura telefon pintar telah memuat naik beberapa tweet yang memperlihatkan rekaan Apple iPhone terbaru.

Pada kali ini, dapat dilihat Apple bakal membawa rekaan yang baru dan berbeza sejak tiga tahun ini dimana rekaan terbaru ini diinspirasikan daripada rekaan Apple iPhone 4. Penyertaan tiga kamera pada bahagian belakang antara yang dikekalkan.

Selain itu, mungkin agak berbaloi untuk menantikan model terbaru ini sekiranya anda mahu mendapatkan iPhone dengan rangkaian 5G berdasarkan ura-ura yang dikongsikan.

Memandangkan iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max baru sahaja dilancarkan, pastinya para pengguna perlu menanti sehingga September tahun hadapan sementara menantikan model terbaru ini. Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengesahkan ini rekaan yang bakal dihasilkan Apple sempena model terbaru iPhone.

Sementara menantikan pelancaran Apple iPhone keluaran tahun hadapan, kami kongsikan apa yang menarik mengenai iPhone 11 Pro yang berjaya membuatkan orang ramai teruja. Klik pautan dibawah untuk mengetahui lebih lanjut.

https://www.thevocket.com/apple-iphone-11-pro-max-terbukti-mempunyai-ketahanan-bateri-terpanjang/

https://www.thevocket.com/lihat-ketahanan-iphone-11-pro-dalam-ujian-hentakan-yang-brutal-ini/

https://www.thevocket.com/disindir-kerana-beli-iphone-11-pak-cik-ini-sebenarnya-doktor-pakar-kelantan/

 

Exit mobile version