Mulai diperkenalkan Apple pada tahun 2007, sudah menjadi kewajipan buat jenama ini memperkenalkan model iPhone terbaru setiap tahun pada bulan September.
Pada kali ini berikutan pandemik COVID-19, Apple mungkin menangguhkan pelancaran model iPhone terbaru mereka kepada bulan November. Di sebalik penangguhan yang dibuat, rekaan iPhone 12 Pro Max nampaknya seolah sudah tertiris sepenuhnya.
Berdasarkan rekaan, model kali ini menampilkan rekaan yang hampir sama seperti iPad Pro dengan saiz skrin 6.7-inci. Notch atau takuk pada model ini juga dilihat lebih kecil berbanding sebelum ini. Selain itu, susunan kamera juga dilihat sedikit berbeza dengan penyertaan LiDAR scanner.
Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rekaan serta perubahan lain yang diperkenalkan pada iPhone 12 Pro Max. Melihat kepada jumlah beberapa sumber laman web yang tertiris sebelum ini, mungkin inilah rekaan yang bakal ditampilkan Apple pada hujung tahun ini.
Selain itu, Apple juga dilaporkan akan mengeluarkan iPhone SE Plus tidak lama lagi. Ketahui juga mengapa iPhone SE mampu menjadi pencabar terhebat buat model Android yang lain berdasarkan harga yang ditawarkan.
https://www.thevocket.com/apple-mungkin-lancarkan-iphone-se-plus-tidak-lama-lagi/
https://www.thevocket.com/5-sebab-iphone-se-berharga-rm1999-mampu-tewaskan-pencabar-apple-yang-lain/
https://www.thevocket.com/iphone-se-2020-rm1999/