Setiap tahun pasti ada sahaja model iPhone yang bakal dikeluarkan Apple dan menariknya ura-ura mengenai model terbaru ini hadir 9 bulan lebih awal sebelum pelancaran rasmi.

Jika sebelum ini dikhabarkan model terbaru Apple iPhone bakal hadir dengan teknologi kamera 3D, terbaru model keluaran 2019 ini dikatakan bakal dinamakan sebagai iPhone X1. Apa yang membuatkan orang ramai teruja adalah rekaannya yang hadir dengan tiga kamera.

https://twitter.com/OnLeaks/status/1081902300434780161

iphonexi_01

Sekali pandang, dapat dilihat Apple iPhone X1 masih lagi menggunakan rekaannya yang hampir sama seperti iPhone X namun hadir dengan kamera yang mengingatkan kami kepada Huawei Mate 20 Pro. Penyertaan rekaan kamera seperti ini pastinya mengundang troll dan kecaman daripada jenama seperti Huawei diatas ‘inovasi’ mereka.

Sama-sama kita nantikan sejauh manakah rekaan awal ini menepati rekaan sebenar apabila iPhone model terbaru ini bakal mula dilancarkan pada September ini.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber