Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung bermula dari tahun lalu, dapat dilihat orang ramai semakin selesa untuk berada di rumah sambil bekerja dan berhibur menggunakan gadget.

Dapat dilihat sejak PKP berlangsung, semakin ramai penonton di Malaysia menjadi K-drama fan. Antara K-drama yang menjadi pilihan ketika ini sudah pastinya siri seperti Start-Up, Vincenzo, The Uncanny Counter, It’s Okay to Not Be Okay, The Penthouse, Sweet Home dan Itaewon Class  yang membuatkan para peminat K-drama sanggup marathon selama berjam-jam lamanya.

ezgif-3-628d29e4a831
K-Drama The Penthouse. Sumber: Viki
https___specials-images.forbesimg.com_imageserve_6031580b80b55cbaac1297f3_0x0
K-drama Vincenzo. Sumber: Forbes
https___specials-images.forbesimg.com_imageserve_5fc2f880884c05a43607e583_0x0
K-drama The Uncanny Counter. Sumber: Forbes

Tahukah anda stream Ultra HD boleh didapati di dalam Netflix pada banyak peranti 4K, yang boleh menampilkan kualiti streaming resolusi tinggi untuk memberi pengalaman menonton terbaik hiburan anda

Buat para gamer pula, tahun lalu telah menyaksikan pelbagai permainan game bertaraf AAA yang menarik pada platform telefon pintar dan juga komputer seperti Call of Duty, Genshin Impact, Cyberpunk 2077, Doom Eternal, Assassin’s Creed Valhalla dan Star Wars: Squadrons.

Call-Of-Duty-2020-Teased-In-Warzone-Mid-Game-Fueling-Announcement-Hype
Call of Duty Warzone. Sumber: Screen Rant
Genshin-Impact-2
Genshin Impact. Sumber: NME
doom_eternal_5.0
Doom Eternal. Sumber: Polygon

Menonton skrin mampu membuat mata menjadi letih

Eye-Strain-1200×807
Sumber: invision optometry

Meskipun tidak ada salahnya menggunakan gadget, penggunaan dalam jangka masa yang panjang nyata akan membuatkan mata menjadi letih dan kering.

Bukan itu sahaja, para pengguna juga akan mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam serta memberi kesan kepada kesihatan mental berikutan efek cahaya lampu biru daripada skrin.

Hal ini dapat dilihat buat mereka yang menggunakan komputer riba atau skrin telefon pintar dalam tempoh yang panjang sama ada untuk membuat kerja mahupun marathon siri Netflix pilihan.

Sekiranya masalah ini berlarutan dalam jangka masa yang panjang, pastinya ia akan memberi kesan yang lebih negatif buat kehidupan anda khususnya buat mereka yang melihat skrin komputer setiap hari.

Cara terbaik untuk menghindari mata mudah letih

3) Blue-light reduction for eye care

Dalam pada itu, kami faham pastinya yang ramai mengalami situasi yang sama begitu juga kami. Sebagai usaha untuk mengurangkan masalah mata menjadi letih dan pedih, penggunaan teknologi paparan organic light emitting diode (OLED) antara yang disyorkan.

Menggunakan gadget dengan paparan OLED bukan sahaja mampu menghindari mata anda daripada masalah mudah letih dan pedih, malah paparan OLED terbukti mampu mengurangkan sebanyak 70% penawaran cahaya biru. Dalam erti kata lain, anda tidak lagi perlu risau mengenai keadaan mata sewaktu menonton Netflix dalam tempoh yang panjang.

1) 100% DCI-P3 Best-in-Class Cinema Grade Color Gamut

7) DisplayHDR 500 True Black

Meskipun tidak menggunakan menawarkan cahaya biru yang tinggi, paparan OLED daripada ASUS dilihat mampu menawarkan paparan yang jelas serta menghasilkan warna yang terang yang pastinya memberi kepuasan buat para pengguna.

Khas buat para gamer, paparan OLED sudah pastinya menjadi pilihan di mana paparan ini mampu menawarkan response time serendah 0.2 ms. Pastinya tiada lagi isu melibatkan lagging dan sebagainya seperti mana skrin dengan paparan LCD.

Pilihan terbaik dengan paparan OLED

ZenBook Flip S_UX371_Scenario photo_03

Mengulas mengenai model atau komputer riba yang menggunakan paparan OLED, kami berminat dengan sebuah model daripada ASUS iaitu ZenBook Flip S OLED (UX371). Model ini tidak hanya memfokuskan kepada skrin semata-mata, malah turut menjadi komputer riba 13-inci ternipis dengan paparan 4K OLED. Dalam erti kata lain, tidak menjadi masalah buat pengguna untuk membawa model ini merata tempat.

Seperkara lagi yang menarik perhatian kami, ASUS ZenBook Flip S OLED turut dilengkapi dengan resolusi 4K. Seperti yang ramai sedia maklum, di saat pengeluar lain sekadar mengeluarkan paparan dengan sokongan Full HD, model ini sedia tawarkan kualiti yang lebih baik menerusi skrin yang memukau.

Ditawarkan dengan saiz nipis dan ringan

ZenBook Flip S_UX371_Scenario photo_02

Untuk pengetahuan, ASUS ZenBook Flip S OLED ini hadir dengan ketebalan 13.9mm dan seberat 1.2kg sahaja. Penawaran skrin jenis touchscreen beserta stylus membolehkan anda melakukan tugas harian dengan mudah.

photo6219704006226325241

Mahu jadikan komputer riba beroperasi bagai sebuah tablet? Tidak ada masalah kerana model ini ditawarkan dengan 360° ErgoLift hinge membolehkan anda memusing skrin model ini mengikut keselasaan anda.

Ketahui lebih lanjut mengenai komputer riba serba lengkap buat para pelajar iaitu ASUS VivoBook K513 yang hadir dengan harga RM3,299 dengan klik pautan di bawah.

https://www.thevocket.com/asus-vivobook-15-k513/

https://www.thevocket.com/asus-lanjutkan-promosi-expertbook-b9-dengan-tawaran-zenscreen-percuma-bernilai-rm1169/