Ini Caranya Untuk Aktifkan Internet Percuma 1GB Sepanjang Tempoh PKP

Pada minggu lalu, pihak kerajaan telah mengumumkan berita baik buat pengguna internet seluruh tanah air dimana setiap pengguna pascabayar dan prabayar berpeluang menerima internet percuma 1GB bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang bermula 1 April sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Insentif yang diumumkan pihak kerajaan nampaknya hadir cara penebusan berbeza buat setiap syarikat telekomunikasi. Pada kali ini kami ingin kongsikan kepada anda cara menebus internet percuma 1GB daripada syarikat Maxis, Celcom, Digi, U Mobile, ONEXOX dan Tune Talk.

1. Maxis
Sumber: Facebook Maxis

Buat para pengguna Maxis, anda boleh dapatkan internet percuma 1GB dengan memuat turun MyMaxis, MyMaxis Biz, Hotlink Flex atau Hotlink RED mengikut pelan dan pilih 1GB daily pass.

2. Celcom

Celcom ternyata hadir sebagai satu-satunya syarikat telekomunikasi yang tidak meletakkan sebarang syarat dimana pengguna Celcom boleh terus mengakses internet 1GB tanpa perlu mengaktifkannya.

3. Digi
Sumber: Facebook Digi

Pengguna boleh mengaktifkan internet percuma ini dengan memuat turun MyDigi serta memilih pilihan internet percuma yang tersedia dalam aplikasi.

4. U Mobile

U Mobile menawarkan dua cara mengaktifkan internet percuma 1GB dengan mengikut pelan anda. Buat pengguna prabayar, anda boleh dail *118*6# kemudian pilih special offer. Pengguna pascabar perlu mendail *118*7# seterusnya memilih special offer.

5. ONEXOX

Pengguna OXEXOX boleh menebus internet percuma 1GB dengan memuat turun aplikasi ONEXOX Black atau dengan mendail *150#.

6. Tune Talk
Sumber: facebook Tune Talk

Pengguna Tune Talk pula hanya perlu SMS STAYHOME ke talian 2222 untuk mengaktifkannya. Mudah bukan?

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda tidak kira pengguna prabayar mahupun pascabar dalam mengaktifkan internet percuma sempena musim PKP yang sedang berlangsung ini.

Kami kongsikan pengumuman yang dibuat oleh pihak kerajaan pada 27 Mac lalu serta beberapa bantuan yang ditawarkan khusus buat golongan B40 dan M40.

https://www.thevocket.com/kerajaan-umum-penawaran-internet-percuma-bermula-1-april-2020/

https://www.thevocket.com/empat-bantuan-prihatin-nasional-secara-one-off-yang-anda-perlu-tahu/

Exit mobile version