Dengan kemudahan hari ini, kita boleh berkomunikasi dengan mudah bersama pelbagai bangsa lain. Pasti ada yang berminat untuk membalas mesej menggunakan bahasa natif seseorang dengan mengetahui cara menukar tetapan bahasa di komputer.
Dengan menukar tetapan bahasa, anda boleh menaip dengan mudah dalam bahasa yang diingini untuk berkomunikasi dengan kenalan bangsa lain. Oleh itu, mari kita pelajari cara menukar tetapan bahasa untuk menaip di komputer anda.
Cara menukar tetapan bahasa di komputer
1. Mula-mula sekali, anda perlu klik pada tetapan bahasa yang terdapat pada penjuru kanan bawah menu utama. Untuk Windows 10, anda boleh lihat dengan mudah tetapan tersebut yang tertera sebagai ENG.
2. Kemudian, klik pada simbol “+” yang tertera Add a language.
3. Selepas itu, pilih bahasa yang dimahukan pada senarai yang dipaparkan. Untuk memudahkan pencarian bahasa tersebut, anda boleh memasukkan jenis bahasa yang diingini pada ruangan carian yang disediakan.
4. Teruskan dengan tekan Next untuk langkah berikutnya.
5. Klik Install untuk memuat naik fail bersaiz 20MB yang diperlukan dan dipasang pada tetapan bahasa komputer anda.
6. Setelah selesai dimuat turun dan dipasang, anda sepatutnya boleh melihat jenis bahasa yang dipilih sudah tersenarai secara automatik.
7. Untuk mengaktifkan bahasa yang diminati untuk menaip, anda hanya perlu klik pada bahagian tetapan bahasa pada menu utama dan klik bahasa tersebut.
8. Akhir sekali, anda sudah boleh menaip dalam bahasa yang dipilih pada mana-mana perisian atau aplikasi selain bahasa Inggeris pada tetapan asal.
Selain boleh menukar bahasa untuk papan kekunci, anda juga boleh menggunakan bahasa pilihan untuk pembantu maya, Cortana di Windows. Jadi, pembantu maya akan membalas sebarang pertanyaan anda dalam bahasa pilihan seperti Arab dan banyak lagi.
Anda kini boleh berkomunikasi dengan lebih akrab bersama rakan dari sejumlah negara serta boleh mempelajari bahasa dan budaya secara tidak langsung. Ini juga berguna buat para pelajar yang mungkin mempunyai tugasan yang memerlukan mereka menaip dalam bahasa asing pada masa kelak.
Sementara itu, anda juga boleh mengetahui cara menterjemahkan mesej bahasa asing dengan mudah menerusi keyboard telefon pintar sahaja.
Begini Cara Terjemah Mesej Bahasa Lain Dengan Mudah Menerusi Keyboard Telefon Pintar
Cara Mengelakkan WhatsApp Kena ‘Hack’ Dengan Mudah Menerusi Fungsi Pengesahan 2 Langkah