Jepun telah dilanda Taufan Hagibis dan seramai 35 orang maut dalam bencana tersebut. Bagi anda yang tidak tahu, Taufan Hagibis merupakan gabungan hujan lebat dan angin kencang terkuat.
Berikutan hujan lebat yang berlarutan, Jepun juga telah dilanda banjir dan apa yang menarik perhatian adalah air banjir di Jepun kelihatan bersih serta tiada sampah terapung.
Foolding in a japan and very clean 🙏#PrayForJapan pic.twitter.com/9PUOBxYuoB
— Vikas singh (@Vikashk03197792) October 12, 2019
Jika berlakunya banjir, pasti akan menjejaskan kehidupan seharian dan menyebabkan kerugian kepada mangsanya. Akan tetapi, teknologi dan cara yang dilakukan oleh Jepun berjaya mengurangkan kerugian rakyatnya disamping berjaya untuk mengawal banjir.
japan really lives in the future. stay safe 😭😭😭 #PrayForJapan pic.twitter.com/1mpqJFwOoV
— 🔥 찬열's (@porkdo_bi) October 12, 2019
Rata-rata netizen kagum dengan inovatif yang dilakukan oleh Jepun dan bangga dengan pencapaian Jepun. Malah, ada juga netizen yang berharap di negara mereka kelak akan ada inovatif seperti itu.
Sekatan atau flood barriers yang boleh dibuka secara automatik ketika menghadapi ribut atau banjir ini sangat hebat kerana dapat mengelakkan stesyen dan laluan keretapi bawah tanah dimasuki air. Sekatan ini juga turut digunapakai di pusat membeli belah.
Wow! I never noticed this! They are so innovative because it's a survival skill when you habe this kind of natural disaster every year
— 🇲🇾🇵🇸 찬편 💛 KGGK (@pcy301namjaaa) October 12, 2019
Jakarta puluhan tahun banjir pemkotnya engga ada yg kepikiran buat bikin inovasi model begini wkwkwk
— arprsl (@arprsl) October 14, 2019
To the design team and planning team of Japan, 🙌🏻 U guys are awesome!
— MCS ☕️ (@arclawrence) October 13, 2019
Kita dapat lihat Jepun sememangnya jauh ke depan dan mungkin negara kita juga boleh mengambil contoh Jepun untuk menambah baik kemudahan sedia ada. Malah, mungkin dengan inovatif ini dapat membantu jika berlaku bencana banjir di negara kita.
Anda mungkin berminat untuk lihat Tokyo bertukar ‘Ghost Town’ kerana taufan Hagibis ini. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
https://www.thevocket.com/lihat-tokyo-bertukar-ghost-town-kerana-taufan-hagibis/
https://www.thevocket.com/penempatan-mangsa-bencana-alam-ini-boleh-dijadikan-inspirasi-untuk-membantu-pasca-banjir-2014/?utm_source=oembed&utm_medium=web&utm_campaign=20191014
https://www.thevocket.com/jepun-sudi-menerima-sampah-dari-negara-asia-tenggara/