Cuaca panas tetapi lebih panas apabila kipas anda tidak berfungsi seperti ketika anda beli waktu awal-awal dahulu. Kenapa agaknya kipas makin lama makin perlahan dan tidak lagi sejuk seperti dahulu?
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @Lutfyhady telah berkongsi tip untuk membaiki kipas anda yang sudah tidak lagi menyejukkan. Baca cara membaiki kipas yang mudah dan modal tidak sampai RM10 ini di bawah:
https://twitter.com/lutfyhady/status/1163673681844813824
Harga alatan ganti yang dibeli:
1. Capasitor: RM4
2. Solder dengan timah: RM2.10
Langkah-langkah membaiki kipas:
1. Pertama sekali, buka sangkar kipas dan ‘unscrew’ penutup kepalanya sehingga terbuka penutup depan tersebut.
2. Kemudian, tanggalkan telinga iaitu penutup pada bahagian atas dimana berfungsi untuk membolehkan kipas berpusing. Kipas seperti ini kebiasaanya boleh dicabut terus tetapi ada juga jenis yang kena buka skru di dalamnya.
3. Selepas itu, buka penutup motor dan anda boleh nampak kotak hitam iaitu capasitor.
4. Kemudian, lihat capasitor anda, macam capasitor pada kipas saya value 1.5 uF (micro-farad). Beli di kedai hardware mengikut value tersebut atau beli value lebih sedikit tetapi jangan terlalu tinggi kerana motor kipas boleh rosak dalam jangka masa panjang.
5. Disebabkan saya agak malas untuk buka banyak bahagian dan capasitor sudah berada di luar, jadi saya terus kerat dan solder dengan timah menggantikan dengan capasitor yang baharu.
6. Kemudian, gunakan tape berwarna hitam untuk wayar tersebut.
7. Setelah siap, pasang semula skru pada keadaan asal.
https://twitter.com/lutfyhady/status/1163674351880695808
Pastinya tip ini dapat dimanfaatkan dan kini anda boleh betulkan kipas anda sendiri serta kipas tersebut akan laju semula seperti baru dibeli. Untuk tip yang lebih menarik dan bermanfaat, anda boleh baca artikel di bawah ini:
https://www.thevocket.com/ini-bahan-rahsia-hilangkan-kotoran-degil-pada-kasut/
https://www.thevocket.com/4-tip-penting-sebelum-pilih-jurugambar-untuk-majlis-perkahwinan-anda/
https://www.thevocket.com/tip-penting-buat-mereka-yang-pertama-kali-ke-jepun/