Ini 4 Langkah Mudah Stabilkan Video ‘Shaky’ Dengan Google Photos Yang Anda Boleh Cuba

Setiap kali melancong ke sesuatu destinasi, selain mengambil gambar pasti anda akan merakamkan video untuk dijadikan kenangan. Mesti anda akan berasa kecewa apabila melihat rakaman video anda sedikit ‘shaky’, betul atau tidak?

Almaklumlah bukan semua telefon pintar sudah ada video stabilization. Terbaharu, seorang pengguna Twitter @farishadizul telah berkongsi cara untuk jadikan video anda yang ‘shaky’ menjadi lebih stabil.

https://twitter.com/farishadizul/status/1301116963188482051

Mudah sahaja sebenarnya untuk stabilkan video anda dengan menggunakan Google Photos. Ayuh kita ikuti cara untuk lakukan ia.

1. Buka Google Photos dan pilih video yang dikehendaki.

2. Selepas buka video, tekan setting.

3. Kemudian, tekan seperti gambar di bawah.

4. Selepas itu, siap dan boleh simpan.

Mudah, bukan? Selepas ini, tidak perlulah anda berasa sedih atau kecewa video anda ‘shaky’. Perkongsian Faris ini meraih lebih 10k ‘retweets’ dan semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.

P/s: Untuk pengetahuan anda, Faris sebenarnya menjual pakej ‘daytrip’ ke pulau-pulau di Terengganu. Jika berminat, bolehlah hubungi Faris.

Sementara itu, kami ingin kongsikan tips untuk anda ambil gambar jika melancong secara solo. Klik sahaja pautan di bawah ini.

https://www.thevocket.com/ini-caranya-ambil-gambar-awesome-ketika-travel-secara-solo/

https://www.thevocket.com/ini-tip-trik-tempah-hotel-dengan-harga-murah-anda-perlu-tahu/?utm_source=oembed&utm_medium=web&utm_campaign=20200907

https://www.thevocket.com/7-tip-untuk-penerbangan-lebih-selesa-dan-murah-dengan-airasia/?utm_source=oembed&utm_medium=web&utm_campaign=20200907

Exit mobile version