Indonesia Sekat Facebook, Instagram Dan WhatsApp Bagi Menghalang Perkongsian Berita Palsu

Aplikasi media sosial sememangnya pemain peranan penting buat majoriti pengguna ketika ini. Aplikasi-aplikasi ini bukan sahaja digunakan untuk berhubung bersama kenalan malah sudah menjadi wadah perkongsian maklumat dan berita.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan penggunaan media sosial secara meluas secara tidak langsung turut menjemput kepada penularan berita palsu yang secara langsung cenderung untuk menggugat keamanan dan keselamatan negara.

Bersempena dengan keputusan pilihanraya presiden Indonesia yang dimenangi Joko Widodo, negara tersebut telah memilih untuk menyekat tiga aplikasi media sosial melibatkan Facebook, Instagram dan WhatsApp.

Keputusan ini dibuat setelah penularan berita palsu ini dikatakan telah memporak-perandakan negara mereka serta mencetuskan rusuhan. Setakat ini dilaporkan terdapat enam individu yang terkorban manakala 200 mangsa yang cedera parah. Menurut laporan daripada Amanz, sekatan ini cuma dijalankan buat pengguna selular manakala pengguna internet berwayar boleh mengakses seperti biasa.

Sumber
Exit mobile version