Frasa metaverse sudah menjadi sebutan ramai di internet selepas dipromosikan oleh pelbagai syarikat terkemuka termasuklah Meta di bawah Mark Zuckerberg. Dengan sasaran menjadi pengganti internet pada masa depan, ramai berlumba-lumba mahu mendirikan dunia maya tersendiri.

Terbaharu, Indonesia menerusi syarikat telekomunikasi PT Telkom Indonesia kini telah melancarkan metaverse tersendiri yang dinamakan metaNesia. Menerusi metaNesia, pengguna boleh membuat pelbagai perkara seperti berinteraksi, berkolaborasi dan juga melakukan transaksi menerusi platform tersebut secara maya.

Sumber Gambar metaNesia

Dengan langkah ini, PT Telkom Indonesia mahu bergerak pantas sebelum beberapa platform atau penyedia lain menawarkan ekosistem mereka sekaligus memastikan ekosistem tempatan terus maju. Malah, mereka mahu mempromosikan firma tempatan agar lebih dikenali di peringkat global.

metaNesia akan dilengkapi dengan sejumlah perkembangan dan ciri-ciri baharu secara berperingkat termasuklah pengenalan konsert maya, kedai atas talian yang dijangka bakal membantu pelbagai perniagaan kecil dan sederhana di Indonesia.

Sumber Gambar: metanesia

Menariknya,  metaNesia ini juga bakal dikukuhkan lagi dengan adanya kehadiran platform NFT dinamakan sebagai Merchnesia NFT.  Hal ini sekaligus mendorong kepada kemajuan industri kreatif Indonesia. Kini anda boleh menerokai metaNesia menerusi platform Windows dan Mac.

Selain daripada itu, Manchester City kini mncul sebagai kelab bola pertama dunia yang bakal menawarkan stadium maya tersendiri.

Manchester City Muncul Kelab Pertama Dunia Sertai Metaverse Dengan Stadium Maya Tersendiri

Disney Dilaporkan Bakal Sertai Dunia Metaverse Dengan Pelantikan Ketua Eksekutif Baharu