Di Indonesia, terdapat sebuah platform pendaftaran syarikat pengendali perkhidmatan digital dinamakan Penyelenggara Sistem Elektronik Lingkup Privat (PSE) yang mana mewajibkan semua syarikat perkhidmatan digital dan dalam talian dari dalam dan luar negara untuk dibenarkan beroperasi di negara tersebut.

Terbaharu, Kementerian Komunikasi dan Informatika (Kominfo) Indonesia telah mengeluarkan amaran sekatan terhadap semua perkhidmatan dan laman dalam talian termasuk WhatsApp, Facebook dan Google jika gagal mendaftar dengan pihak kerajaan.

Sumber Gambar: Chatnews

Menurut laporan CNN Indonesia, semua syarikat digital yang mempunyai pengguna di negara tersebut tidak kiralah syarikat tempatan atau antarabangsa wajib mendaftar perkhidmatan mereka untuk memastikan akses kepada platform mereka akan beroperasi seperti biasa.

Sebarang laman atau penyedia perkhidmatan dalam talian yang gagal berbuat sedemikian akan berdepan dengan tindakan sekatan pada 21 Julai ini. Antara syarikat yang sudah berdaftar di platform PSE termasuklah Spotify, Gojek, Tokopedia, Traveloka, TikTok, DailyMotion dan Linktree.

Dalam masa yang sama, nama-nama besar di Internet seperti Google, Youtube, Meta, Netflix, PUBG Mobile, Mobile Legends dan Twitter masih lagi belum berdaftar sehingga kini. Sekiranya nama yang disebutkan ini gagal berbuat sedemikian, akibatnya semua rakyat Indonesia tidak akan boleh mengakses platform berkenaan.

Sementara di Rusia pula, negara tersebut berhasrat mahu mengharamkan penggunaan kriptowang sebagai medium pembayaran.

Rusia Mahu Haramkan Penggunaan Kriptowang Sebagai Medium Pembayaran

Kejatuhan Nilai Kriptowang Dikatakan Berjaya Bantutkan Program Nuklear Korea Utara