Kerajaan India kini sedang dalam mempertimbangkan untuk memperkenalkan polisi penggunaan hanya satu jenis pengecas iaitu USB-C untuk semua peranti termasuklah tablet dan telefon pintar.

Dengan langkah ini, India dijangka akan turut mengikut jejak langkah Kesatuan Eropah yang sama akan memperkenalkan polisi tersebut dan dikuat kuasa seawal 2024 kelak. Buat masa ini, kerajaan India masih dalam proses perbincangan serta bertemu dengan sejumlah pengeluar berkaitan dengan polisi baharu ini.

Sumber Gambar: iDownloadblog

Dengan hanya menggunakan satu jenis pengecas, ia sudah pasti menggurangkan pembaziran elektronik malah boleh digunakan pada kesemua peranti dengan mudah. Hal ini sekaligus menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli pengecas berasingan untuk setiap peranti yang dimiliki.

Kehadiran polisi baharu ini sekaligus memaksa pihak Apple untuk menyediakan jenis pengecas USB-C pada peranti atau tidak dapat dijual pada negara-negara yang tertakluk di bawah polisi itu. Kita pun sedia mendengar spekulasi yang mengatakan Apple sedang membangunkan iPhone dengan USB-C pada ketika ini.

Selain itu, India juga sudah berhasrat untuk mengharamkan jualan telefon pintar bajet dari China di negara berkenaan.

India Mahu Haramkan Jualan Telefon Pintar ‘Murah’ Dari China

India Cadang Kenakan Denda Sehingga RM11.4 Juta Buat Individu Langgar Peraturan Kripto