India kini dilihat mampu memperkasakan ekonomi tempatan dengan membantu syarikat pengeluar peranti di sana. Terdapat beberapa syarikat pengeluar peranti di India yang sedang bersaing sengit dengan jenama terkemuka lebih-lebih lagi di dalam segmen berspesifikasi rendah.

Terbaru, kerajaan India sedang melihat kepada pengenalan undang-undang baharu yang mana bakal mengharamkan pengeluar China daripada menjual telefon pintar pada harga kurang  12,000 Rupee (~RM670) di negara tersebut.

Sumber Gambar: Ungeek

Dengan pendekatan ini, India ingin menghalang pengeluar China daripada menawarkan peranti pada segmen berspesifikasi rendah. Pada hari ini, kategori tersebut telah didominasi oleh pengeluar terkemuka seperti Xiaomi dan Realme.

Sementara jenama tempatan di India seperti Lava dan juga Micromax dilihat kurang menerima sambutan dan menerima saingan yang sengit. Oleh itu, langkah ini secara automatik akan membantu jenama tempatan untuk menjadi pilihan pengguna yang rata-ratanya memerlukan telefon pintar bajet murah.

Sumber Gambar: 91mobiles

Malah, mereka mengatakan pengeluar China menjual peranti kelas permulaan pada harga ‘rugi’ sehingga mendorong kepada persaingan yang tidak sihat dengan pengeluar tempatan. Perubahan ini sekaligus akan memberikan jenama keluaran China hanya bersaing pada peranti berspesifikasi pertengahan dan tinggi sahaja.

Selain itu, Apple juga telah memilih bulan September untuk pengenalan iPhone dan Apple Watch baharu.

Apple Pilih Bulan September Untuk Pengenalan iPhone Dan Apple Watch Baharu

Elon Musk Dalam Usaha Untuk Perlihatkan Robot Berbentuk Manusia Seawal September Ini