Bagi mereka yang gemar filem seram, kisah mengenai zombi pasti akan berada dalam senarai cerita yang wajib ditonton. Dari filem Train to Busan, Alive sehinggalah Zombieland pasti menjadi subjek kegemaran peminat filem seram.

Namun persoalannya, adakah benar zombi itu wujud?

Melalui satu penyelidikan yang dibuat oleh para penyelidik, mereka mendapati wujud aktiviti di otak manusia yang telah mati dan mereka mula memanggilnya dengan nama gen ‘zombi’.

Dalam satu jurnal yang diterbitkan oleh Scientific Reports, para saintis yang bertapak di University of Illinois, Chicago, AS menganalisis tindak balas gen yang terdapat di dalam sel-sel otak manusia dan mendapati bahawa tindak balas gen sebenarnya meningkat setelah seseorang meninggal dunia.

Para penyelidik mengumpulkan gen tersebut setelah seseorang itu dinyatakan mati. Mereka mendapati bahawa gen ‘zombi’ ini akan berkembang dalam satu jenis sel, iaitu sel radang atau sel glial.

Selepas disahkan meninggal dunia, sel glial akan berkembang menjadi besar dan tumbuh panjang seperti sebuah lengan. Ia akan terus tumbuh selama berjam-jam setelah seseorang itu disahkan mati.

Dr. Jeffrey Loeb, ketua neurologi dan pemulihan di UIC College of Medicine, mengatakan bahawa tingkah laku sel glial bukanlah sesuatu yang aneh. Ia membesar kerana radang dan mempunyai tugas untuk membersihkan otak, seperti kecederaan, kekurangan oksigen atau strok.

Bagaimanapun, bagi Loeb, apa yang positifnya daripada penyelidikan ini adalah para penyelidik dapat mencari kemungkinan rawatan atau penawar bagi penyakit seperti autisme, skizofrenia dan alzheimer.

Tambah Loeb lagi bahawa sebilangan besar kajian menganggap bahawa segala sesuatu di otak berhenti ketika jantung manusia berhenti berdegup, tetapi ini sebenarnya tidak terjadi.

Loeb yang merupakan pengarah UI NeuroRepository, sebuah bank otak manusia. Kebanyakan pesakitnya adalah mereka yang mengalami gangguan neurologi, di mana mereka telah bersetuju untuk menyumbangkan otak mereka bagi melakukan penyelidikan sama ada setelah mereka meninggal dunia, atau semasa operasi perawatan standard untuk merawat gangguan otak.

“Berita baik dari penemuan kami adalah bahawa kita sekarang tahu gen dan jenis sel mana yang stabil, yang terdegradasi dan yang sebenarnya meningkat dalam aktiviti dari masa ke masa (selepas kematian) sehingga hasil kajian otak pasca kematian dapat difahami lebih baik,” kata Loeb.

Cerita di sebalik ‘rumah paling sunyi’, dibina untuk selamat dari serangan zombie? Klik pautan di bawah untuk membaca.

https://www.thevocket.com/cerita-di-sebalik-rumah-paling-sunyi-dibina-untuk-selamat-dari-serangan-zombie/

https://www.thevocket.com/filem-train-to-busan-bukan-kisah-zombie-biasa/

https://www.thevocket.com/seram-dan-menakutkan-ini-senarai-drama-korea-yang-mampu-buat-anda-tidak-tidur-malam/