136 Cubaan ‘Hack’ Sepanjang Dua Hari, TMJ Buktikan IG Baginda Kebal Daripada Godaman

Sebut mengenai Tunku Ismail Idris atau lebih popular dengan gelaran Tengku Mahkota Johor (TMJ) pasti orang ramai seluruh Malaysia cukup mengenalinya. Berjaya membangunkan pasukan bola sepak Johor Darul Takzim ke peringkat antarabangsa antara yang membuatkan TMJ disegani ramai.

Terbaharu melalui perkongsian di Instagram hrhcrownprinceofjohor, TMJ mendakwa terdapat pihak yang cuba menggodam Instagram baginda. Lebih serius, sebanyak 136 cubaan godam telah dibuat sepanjang dua hari ini.

Sumber: Instagram hrhcrownprinceofjohor

Tidak hanya gagal digodam para hacker, TMJ turut memaparkan butiran penggodam yang menggunakan IP yang bertempat di Daqing, China. Selain itu, beberapa IP lain yang digunakan penggodam turut didedahkan bersama menerusi perkongsian di IG stories.

Berdasarkan apa yang dikongsikan di Instagram, penggodam berkenaan telah membuat ratusan percubaan dalam meneka password Instagram TMJ di mana setiap IP dibuat sebanyak empat percubaan.

Sumber: Instagram hrhcrownprinceofjohor
Sumber: Instagram hrhcrownprinceofjohor

Setakat artikel ditulis, Instagram TMJ yang kini mengumpul lebih 2.9 juta pengikut dilaporkan masih bebas daripada berada di tangan penggodam.

Sebelum ini TMJ pernah mengonsikan kepada orang ramai cara sebenar untuk menurunkan berat badan sehingga 22kg. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

https://www.thevocket.com/tmj-kongsi-cara-sebenar-turunkan-berat-badan-sehingga-22-kg/

https://www.thevocket.com/pernah-jadi-guru-sniper-tmj-pesara-tentera-sebak-baginda-masih-ingat-akan-dirinya/

https://www.thevocket.com/terima-tiga-minggu-lebih-awal-tmj-muncul-individu-pertama-di-malaysia-memiliki-ps5/

Exit mobile version