Sumber Gambar: Businesstoday

i-City Sedia Labur RM10 Juta Untuk Jadi Taman Tema Pertama Malaysia Dengan Teknologi Metaverse

Perkataan metaverse kini sering menjadi tajuk utama pada siaran berita dalam talian sejak dipopularkan oleh syarikat Meta pada tahun lalu. Maka, banyak syarikat gergasi turut giat mahu mencipta metaverse tersendiri untuk menawarkan pengalaman yang unik kepada para peminat mereka serta selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Nampaknya sebuah syarikat lagi dari Malaysia iaitu i-City dilihat sedia membelanjakan RM10 juta untuk mempertingkatkan pengalaman pengunjung pada taman tema tersebut dengan adanya teknologi metaverse. Perancangan metaverse bakal dijayakan dengan kolaborasi bersama dengan China Mobile International (CMIM).

Sumber: jom jalan

Menerusinya, para pengunjung yang ke taman tema ini berpeluang menikmati pengalaman dunia maya 3D ini yang cukup imersif. Pihak i-City juga menyasarkan seramai 10 juta pengunjung boleh menikmati pengalaman yang menarik di taman tema tersebut. Dengan kolaborasi ini, i-City bakal menfokuskan penghasilan realiti terimbuh (AR) dan realiti maya (VR) yang berkualiti tinggi.

Sehubungan dengan itu, pelaksanaan infrastruktur 5G juga memainkan peranan penting kerana memerlukan infrastruktur pengkomputeran awan berskala besar. Hal ini kerana pemindahan model 3D avatar metaverse secara digital memerlukan data yang besar.

Pelan ini dijangka bakal dilancarkan pada awal tahun baru 2023 nanti. Sebaik ia dibuka kelak, pengunjung boleh menyelami atmosfera dunia digital dan realiti maya yang interaktif dan unik bersama keluarga tersayang mahupun kenalan rapat.

Sebelum ini juga, syarikat Sunway Pyramid muncul sebagai pusat beli-belah pertama di  Malaysia yang mempunyai tandas pintar.

Sunway Pyramid Muncul Sebagai Pusat Beli-Belah Pertama Malaysia Yang Mempunyai Tandas Pintar

Apple Store Pertama Malaysia Dijangka Bakal Dibuka Di The Exchange TRX Menjelang 2022

Sumber
Exit mobile version