Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seperti ramai sedia maklum, para pengguna masa kini dilimpahkan dengan pelbagai rancangan, siri dan filem daripada pelbagai pihak penyiar. Hal ini secara tidak langsung, turut memaksa pengguna yang mahu menonton melanggan pakej yang ditawarkan oleh pelbagai pihak penyiar.

Menerusi isu yang berlaku, terdapat pihak yang memilih untuk mendapatkan Android Box iaitu sebuah peranti yang mampu menyiarkan pelbagai rancangan secara percuma tanpa perlu melanggan daripada pihak penyiar secara sah.

Mufti Wilayah Persekutuan. Dr. Luqman Abdullah. Sumber: The Inspirasi

Dalam pada itu, pihak Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Dr. Luqman bin Haji Abdullah pada hari ini tampil menjawab mengenai hukum membeli Android Box bagi tujuan mengakses siaran berbayar secara percuma.

Menerusi perkongsian di laman web Mufti Wilayah Persekutuan, hukum membeli Android Box pada asalnya adalah harus  menonton siaran percuma atau fungsi-fungsi lain yang tidak melibatkan hak pihak lain.

Walau bagiamanapun, penggunaan Android Box menjadi haram berikutan berlaku pencerobohan dan menzalimi pihak lain. Beliau juga turut menjelaskan dengan lebih lanjut menerusi laman rasmi beliau di mana para pengguna boleh membacanya dengan klik di sini.

Pada minggu lalu, Majlis Ulama Indonesia telah menfatwakan penggunaan kriptowang sebagai matawang adalah haram.

Majlis Ulama Indonesia Fatwakan Penggunaan Kriptowang Sebagai Matawang Adalah Haram

Mudah Ditipu Menerusi Emel, Malaysia Tersenarai Sebagai Negara Sasaran Pilihan Scammer

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group