Huawei Perkenalkan Matebook 13, Altenatif ‘Macbook’ Dengan Harga Yang Lebih Rendah

Huawei sejak akhir-akhir ini nampaknya mula aktif dalam mengeluarkan komputer riba serta menjadi pencabar kepada jenama-jenama terkenal. Jika sebelum ini jenama ini pernah mengeluarkan Matebook X dan Matebook X Pro, kini jenama ini tampil dengan model terbaru iaitu Matebook 13.

Melalui model ini, Huawei mahu menawarkan pengguna dengan komputer riba yang nipis serta padat dengan spesifikasi yang hebat. Tidak kurang juga, model ini hadir dengan saiz yang ringan serta nipis.

Sumber: Engadget

Dari segi spesifikasi, paparan yang ditawarkan buat model ini adalah 2160 x 1440 serta menyokong 100% sRGB color gamut. Dari segi penawaran warnanya, model ini hadir dengan dua warna yang seakan sama dengan Macbook iaitu perak dan kelabu.

Matebook 13 hadir dengan spesifikasi permulaan melalui penawaran processor Core i5 manakala spesifikasi yang lebih tinggi ditawarkan dengan Intel Core i7. Penggunaan Nvidia MX150 secara tidak langsung model ini turut menyokong sokongan game terbaru. RAM 8GB dan ruang storan sehingga 512GB pastinya membuatkan para pengguna tidak akan memberi masalah buat pengguna menggunakannya secara harian.

Sumber: Theindianwire

Huawei Matebok 13 bakal mula ditawarkan dengan harga $999 (RM4,090.41) manakala versi i7 ditawarkan pada harga $1,299 (RM5,318.76). Harga yang agak tinggi untuk pengguna yang menggunakannya untuk kerja pejabat. Namun spesifikasi yang ditawarkan jelas sekali ianya berbaloi dimiliki sekiranya anda ingin mendapatkan komputer riba yang nipis dan berkuasa tinggi.

Harganya yang diumumkan juga turut memberi saingan buat model lain serta lebih rendah berbanding Apple Macbook yang ditawarkan dengan spesifikasi yang rendah. Huawei Matebook 13 dijangka mula ditawarkan di pasaran pada penghujung Januari ini.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber
Exit mobile version