Selepas pelancaran Huawei Mate 20, jenama ini nampaknya mula mengalihkan fokus mereka dengan melancarkan model terbaru daripada siri-P melalui model Huawei P30.

Melalui ura-ura daripada PhoneArena, Huawei nampaknya terus komited untuk menjadi model telefon pintar terhebat baik dari segi spesifikasi mahupun kualiti kameranya.

Sumber: androidcentral

Dari segi spesifikasi, Huawei bakal menyertakan processor terbaru daripada Kirin serta bakal dibantu dengan saiz RAM yang besar. Difahamkan model P30 bakal hadir dengan RAM 8GB manakala model P30 Pro pula bakal hadir dengan saiz RAM sehingga 12GB.

Dalam usaha untuk menawarkan kualiti skrin yang lebih menarik, Huawei nampaknya bakal menggunakan paparan OLED untuk kedua-dua model ini. Seterusnya, saiz skrin P30 dan P30 Pro bakal mengikut saiz skrin iPhone XR dan XS Max iaitu 6.1-inci dan 6.5-inci.

Huawei-p30-pro-leaked-5k-render
Huawei P30. Sumber: 9to5google

Berjaya menduduki tangga tertinggi dalam kedudukan kualiti kamera daripada DxOMark bukan alasan untuk Huawei tidak meningkatkan kualiti kameranya. Melalui model yang bakal dilancarkan ini, Huawei dikatakan bakal menyertakan empat kamera pada bahagian belakang pada P30 Pro dimana kamera utama dilengkapkan dengan lensa 38-Megapixel. Huawei P30 pula bakal hadir dengan tiga kamera utama.

Sama-sama kita nantikan pelancaran model P30 dan P30 Pro yang bakal dilancarkan sekitar bulan April ini. Buat anda yang sedang menantikan telefon pintar berspesifikasi tinggi dengan penyertaan kamera terhebat, model ini pastinya berada di dalam penantian anda.

Sumber