Baru sahaja dilancarkan pada bulan lalu, HUAWEI nova 9 SE nampaknya sudah berjaya menarik perhatian ramai menerusi pakej menarik yang ditawarkan pada model ini. Hadir dengan spesifikasi yang hebat, kualiti kamera yang memukau beserta harga yang berbaloi antara yang menjadi sebab utama model ini menjadi rebutan.

Dalam pada itu, kami yakin pasti ramai yang belum tahu potensi sebenar model yang berada dalam tanda harga sekitar RM1,000 bagi pasaran Malaysia ini. Berikut merupakan lima tip yang boleh dicuba buat pengguna serta bakal pengguna dalam memaksimumkan penggunaan HUAWEI nova 9 SE yang ditawarkan bersama HUAWEI AppGallery.

Segalanya tersedia menerusi AppGallery

Seperti ramai sedia maklum, HUAWEI nova 9 SE berjaya dilengkapkan dengan spesifikasi yang menarik dalam membolehkan pengguna menjalankan pelbagai aplikasi dengan baik.

Menerusi penggunaan aplikasi HUAWEI AppGallery, HUAWEI nova 9 SE berpeluang memuat turun pelbagai aplikasi dalam meningkatkan produktiviti anda. Sama ada bagi tujuan fotografi, suntingan video mahupun perbankan, semuanya tersedia pada AppGallery.

Sebagai rekod, App Gallery berjaya merekodkan 580 juta pengguna setiap bulan dari 170 negara serta meraih 432 bilion muat turun. Boleh tahan banyak bukan?

1. Hasilkan vlog dengan mudah menerusi seleksi aplikasi suntingan

Khusus buat anda yang gemar membuat vlog atau sering menyunting gambar untuk dikongsikan di media sosial, HUAWEI nova 9 SE mampu menjadi ‘teman baik’ anda menerusi penawaran pelbagai aplikasi suntingan seperti CapCut, InShot, Piscart, PhotoEditor dan BeautyPlus.

Selain itu, sokongan fungsi Continuous Front and Rear Recording membolehkan anda merakam menerusi kamera hadapan dan belakang secara serentak. Serius awesome!

2. Kongsikan detik-detik indah bermakna bersama aplikasi media sosial

HUAWEI berjaya melengkapkan model nova 9 SE dengan kamera 108-megapixel yang berkemampuan mendapatkan imej gambar dengan kualiti yang tinggi. Selain itu, para pengguna berpeluang merakam detik-detik indah dengan mudah menerusi HUAWEI nova 9 SE.

Khusus buat anda yang kerap berkongsi di media sosial, AppGallery sedia menawarkan segala aplikasi yang diperlukan seperti Bigo Live,
Snapchat dan TikTok juga pelbagai aplikasi permesejan seperti LINE, WeChat, Telegram dan lain-lain lagi.

3. Tiada lagi makna bosan dengan skrin Ultra-narrow bezels

Dilengkapkan dengan skrin 6.78-inci beserta paparan Ultra-narrow bezels di mana seolah HUAWEI nova 9 SE tidak mempunyai bingkai ini pastinya meningkatkan pengalaman penggunaan pengguna sewaktu menonton seleksi video atau aplikasi penstriman yang tersedia.

Para pengguna berpeluang memilih untuk menontonnya menerusi aplikasi-aplikasi seperti HUAWEI Video, Astro GO, iflix dan iQIYI yang boleh didapatkan menerusi AppGallery. Dalam erti kata lain, para pengguna pastinya tidak akan bosan dengan lambakan aplikasi penstriman yang membolehkan pengguna memilih mengikut citarasa.

4. Dilengkapi pengecasan pantas 66W SuperCharge

Sarat dengan pelbagai aplikasi serta potensi, pastinya para pengguna memerlukan pengecasan yang mampu dicas dengan cepat. HUAWEI nampaknya jelas mengikut kehendak pengguna dengan turut menyertakkannya.

Menariknya, para pengguna turut dibekalkan dengan pengecasan pantas 66W SuperCharge yang mampu mengecas HUAWEI nova 9 SE dengan pantas dan efisen. Sebagai rekod, para pengguna cuma memerlukan 36 minit sahaja dalam mengecas HUAWEI nova 9 SE. Pantas bukan?

Khusus buat mereka yang sering melakukan tugas, HUAWEI nova 9 SE turut menawarkan seleksi aplikasi produktiviti pada App Gallery terdiri daripada Microsoft Office, Gspace dan juga WPS office.

5. ‘Shopping’ bukan lagi masalah dengan HUAWEI nova 9 SE

Bayangkan satu klik sahaja pada HUAWEI nova 9 SE, anda sudah berpeluang shopping dengan mudah dalam mendapatkan pelbagai keperluan dan diingini menerusi Lazada, Shopee dan Taobao. Selain tu, aplikasi e-shopping seperti Zalori yang memfokuskan kepada fesyen antara yang turut tersedia menerusi App Gallery.

Selain daripada itu, App Gallery jelas menjadi gudang aplikasi dalam memudahkan pengguna menerusi penawaran seleksi aplikasi popular seperti Shopee MY, Lazada, Touch ‘n Go eWallet, Grab SuperApp, Maybank2u MY, TikTok dan lain-lain lagi.

Bukan itu sahaja, khusus buat para gamers, App Gallery sedia menyediakan aplikasi merangkumi pelbagai game seperti Garena Free Fire, Mobile Legend Bang Bang serta akses untuk menjadi antara yang terawal mencuba game terbaru yang bakal dilancarkan.

Setakat ini, HUAWEI AppGallery sedia ditawarkan pada HUAWEI nova 9 SE dan HUAWEI MatePad 10.4 terbaru di mana para pengguna memuat turun segala aplikasi yang diperlukan tanpa sebarang masalah.

HUAWEI nova 9 SE

Mengulas mengenai harga, HUAWEI nova 9 SE nampaknya jelas ditawarkan pada harga berbaloi iaitu serendah RM1,099 sahaja sekaligus meletakkan model ini sebagai antara model mampu milik terbaik boleh didapatkan pada ketika ini.

Bukan itu sahaja, HUAWEI nova 9 SE sedia ditawarkan bersama free gift bernilai RM181 sementara stok masih anda. Apa tunggu lagi, melihatkan kepada pakej dan penawaran yang ditawarkan HUAWEI nova 9 SE, kami yakin pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk mendapatkan model yang baru sahaja dilancarkan ini.

Dapatkan HUAWEI nova 9 SE dengan harga mampu milik bersama pakej berbaloi yang ditawarkan atau ketahui lebih lanjut mengenai model ini dengan klik di sini. Selain itu, ikuti juga kemudahan dan kehebatan HUAWEI AppGallery dengan layari laman rasmi HUAWEI.

Ketahui cara mudah menukar duit raya di lokasi ATM Maybank terpilih dengan klik pautan di bawah.

Tidak Perlu Beratur Panjang, Ini Caranya Tukar Duit Raya Di Lokasi ATM Maybank Terpilih

Mahu Mudahkan Proses Pembayaran Petrol, Setel Bakal Tawarkan Aplikasi Khas Buat Apple Watch