Lama dinantikan pengguna, akhirnya HUAWEI nova 9 telah dilancarkan secara rasminya buat pasaran Malaysia. Model ini mid-range daripada HUAWEI memfokuskan kepada spesifikasi dan kamera serta hadir dengan harga yang mampu milik. HUAWEI nova 9 didatangkan dengan susunan kamera yang unik pada bahagian belakang serta hadir dengan warna Starry Blue.

Model ini dilengkapkan dengan skrin melengkung OLED bersaiz 6.57-inci bersama sokongan refresh rate sehingga 120Hz yang dilaraskan secara automatik mengikut keperluan aplikasi tertentu.

HUAWEI nova 9 dikuasakan oleh processor Snapdragon 778G beserta 8GB RAM dan 256GB ruang storan. Dalam erti kata lain, model ini tidak mempunyai masalah untuk mengakses pelbagai aplikasi terbaru.

Bateri berkapasiti 4,300 mAh antara yang disertakan membolehkan pengguna membuat pengecasan penuh HUAWEI nova 9 hanya dalam tempoh 37 minit sahaja menerusi sokongan pengecasan pantas 66W.

Bahagian kamera utama model ini dilengkapi dengan sensor sebesar 50MP manakala kamera swafoto pula hadir dengan sensor 32-megapixel. Selain itu, model ini turut dilengkapkan dengan tiga lagi kamera belakang dengan lensa yang terdiri daripada 8-megapixel ultrawide, 2-megapixel depth dan 2-megapixel macro.

Mengulas dari segi harga, HUAWEI nova 9 sedia ditawarkan dengan harga yang sangat berbaloi dan mampu milik iaitu RM1,999 sahaja. Khas buat anda yang membuat pra tempahan, anda berpeluang mendapatkan pelbagai hadiah menarik terdiri daripada HUAWEI FreeBuds Pro dan pelbagai lagi servis daripada HUAWEI. Serius menarik!

Pra-tempahan bagi model HUAWEI nova 9 sedia dibuka bermula 8 November sehingga 19 November 2021. Sekiranya anda mahu mendapatkan model berbaloi beserta pelbagai hadiah menarik, mungkin HUAWEI nova 9 antara yang patut dijadikan pilihan. Sebelum itu, tonton terlebih dahulu review penuh VOCKET bagi model HUAWEI nova 9.

Ketahui lebih lanjut mengenai tablet keluaran HUAWEI iaitu MatePad Pro yang dikhususkan buat golongan profesional menerusi penggunaan Harmony OS.

HUAWEI MatePad Pro, Tablet Khas Buat Golongan Profesional Dengan Penggunaan Harmony OS

Huawei P50 dan P50 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Tanpa Sokongan Rangkaian 5G