Huawei Nova 9 yang terlebih dahulu ditawarkan menerusi pasaran China dan kini akhirnya peranti ini sedia memasuki pasaran Malaysia secara rasmi pada 8 November nanti.

Model Nova 9 ini mempunyai spesifikasi yang cukup mantap untuk dijadikan telefon harian anda. Kehadiran dengan skrin melengkung OLED bersaiz 6.57-inci bersama sokongan refresh rate  sehingga 120Hz yang dilaraskan secara automatik mengikut keperluan aplikasi tertentu.

Sumber Gambar: remonews

Bateri berkapasiti 4,300 mAh dikatakan boleh dicas penuh dalam tempoh 37 minit sahaja menerusi sokongan pengecasan pantas 66W. Bahagian kamera utama dilengkapi dengan sensor sebesar 50MP sementara kamera swafoto pula sebesar 32MP sahaja. Rekaannya yang kelihatan premium bersama dua pilihan warna iaitu biru dan hitam sudah pasti menambat hati ramai orang.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkaitan penawarannya yang sedia dikongsi oleh pihak Huawei Malaysia buat peminat-peminat tempatan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Buat anda yang sedang mencari komputer riba baharu, bolehlah mengetahui pelbagai kelebihan model Huawei MateBook 14s menerusi pautan di bawah.

Berbaloi Dan Berspesifikasi Tinggi, Ini 5 Sebab Utama HUAWEI MateBook 14s Menjadi Pilihan Pengguna

HUAWEI MatePad Pro, Tablet Khas Buat Golongan Profesional Dengan Penggunaan Harmony OS

Sumber