Beberapa bulan yang lalu, Huawei baru sahaja memperkenalkan model siri P50 yang telah dilengkapi dengan cip Snapdragon 888. Perkembangan kini menunjukkan Huawei masih giat menghasilkan telefon pintar seterusnya pula yang dikaitkan dengan penggunaan cip Snapdragon 898.

Menurut Digital Chat Station, Huawei sedang menguji processor Snapdragon 898 untuk peranti flagship terbaharu mereka. Walaupun sumber tidak menyatakan secara spesifik model yang dimaksudkan, kita sedia maklum Huawei bakal melancarkan siri Mate pula selepas ini.

Sumber Gambar: Technave

Disebabkan Huawei tidak boleh menggunakan teknologi 5G, maka cip pemproses Snapdragon 898 ini hanya mempunyai versi 4G LTE sahaja. Ramai menjangkakan Huawei bakal memperkenalkan siri Mate 50 pada Oktober ini, sebaliknya pula informasi terkini mengatakan model ini hanya akan muncul pada suku pertama tahun 2022 kelak.

Sebahagian pengguna masih gembira dengan kehadiran siri telefon pintar Huawei walaupun ianya masih menggunakan rangkaian 4G, hal ini kerana bukan semua negara mempunyai fasiliti 5G yang sepatutnya.

Huawei sudah melancarkan secara rasmi siri P50 dengan menggunakan cip pemproses Snapdragon 888 terbaru dengan menfokuskan pada prestasi kamera.

Huawei P50 dan P50 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Tanpa Sokongan Rangkaian 5G

HUAWEI Mate 40 Pro, Peranti Serba Lengkap Tanpa Servis Daripada Google

Sumber