Bermula dengan perang telefon pintar dengan megapixel tertinggi, kini pengeluar telefon pintar seolah berebut untuk menghasilkan telefon pintar dengan kamera yang pelbagai bagi menawarkan kualiti gambar yang terbaik.

Seperti telefon pintar flagship lain yang dilancarkan sejak akhir-akhir ini, rekaan telefon pintar semakin kerap tertiris. Pada kali ini menerusi @onleaks dapat dilihat Huawei Mate 30 Pro bakal hadir dengan tujuh kamera.

huawei_mate_30_pro_renders_4

Tujuh kamera yang disertakan hadir dengan empat kamera pada bahagian belakang dan tiga kamera. Selain itu, dapat disahkan Huawei Mate 30 Pro masih lagi mengekalkan takuk pada bahagian hadapan. Penyertaan rekaan dalam bentuk bulatan antara yang dilihat unik pada kali ini.

Huawei dijangka bakal melancarkan Huawei Mate 30 Pro bersama Mate 30 pada 19 September ini. Sama-sama kita nantikan apa lagi kejutan yang bakal diperkenalkan Huawei pada kali ini.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Huawei Mate 30? Klik pautan dibawah untuk membacanya.

https://www.thevocket.com/huawei-mate-30-bakal-dilancarkan-pada-19-september-ini/

https://www.thevocket.com/huawei-mate-30-pro-mungkin-tidak-dibenarkan-menggunakan-android/

https://www.thevocket.com/huawei-mate-30-dijangka-hadir-dengan-dua-kamera-40-megapixel/