Selepas Google dan Android memilih untuk menyekat akses Huawei daripada menggunakan servis mereka baru-baru ini, dapat dilihat syarikat lain turut melakukan perkara yang sama. Antara yang terlibat serta bakal memberi kesan adalah SD Association dan Wi-Fi Alliance.

Kedua-dua firma ini memain peranan yang penting dalam sesebuah telefon pintar dalam menawarkan slot memori kad microSD serta penggunaan teknologi Wi-Fi. Ketiadaan dua perkara ini sekaligus bakal mencacatkan model terbaru Huawei.

installation-4-2-1500×994
Sumber: Digital Trends

Terbaru, kedua-dua syarikat ini mengambil pendekatan untuk menarik balik sekatan keatas Huawei sekaligus membolehkan syarikat ini menggunakan teknologi ini seperti sebelum ini.

Difahamkan Huawei bakal turut membawa isu boikot yang dilakukan oleh Amerika Syarikat ke pihak mahkahmah selepas mengesahkan syarikat mereka berdagang mengikut perlembagaan.

Sumber