Seperti mimpi menjadi realiti buat para gamer mahukan tempat bercuti yang dilengkapi fasiliti gaming yang padu serta internet berkelajuan tinggi.  Kini sebuah hotel yang menfokuskan eSport baru sahaja diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia.

Hotel Esport SEM9 yang terletak di Senai, Johor bakal menawarkan pengalaman hospitaliti yang cukup mengagumkan buat para gamer dan juga peminat teknologi. Dengan menawarkan bilik mewah yang dilengkapi dengan kemudahan teknologi terkini termasuklah komputer berkuasa tinggi dan juga konsol PS5.

Sumber Gambar: SEM9 esport hotel
Sumber Gambar: SEM9 esport hotel

Di samping boleh mengakses komputer yang padu dan konsol PS5, anda juga bakal menikmati sambungan internet WiFi berkelajuan tinggi yang boleh menjamin pengalaman permainan yang tiada tandingan. Setiap bilik pula bakal dicerahi dengan efek lampu LED yang boleh menghasilkan ambien yang menarik padanya.

Pengunjung turut boleh membeli barangan SEM9 yang menampilkan jersi dan barangan eksklusif pasukan SEM9. Bilik gaming SEM9 Senai sedia ditempah pada hari ini dan akan dibuka kepada orang ramai menjelang 1 Jun 2022 dengan 112 termasuk bilik mewah yang biasa tanpa fasiliti permainan.

Sumber Gambar: SEM9 esport hotel

Bilik gaming ini boleh ditempah dengan harga bermula RM220 untuk sehari dan RM115 untuk setengah hari, Jadi tunggu apa lagi, anda yang mahu merasai pengalaman hotel gaming yang unik, bolehlah membuat tempahan bermula hari ini.

Sebelum ini, sebuah projek NFT tempatan sedia menawarkan utiliti penginapan resort di Langkawi.

STFU, Projek NFT Tempatan Yang Menawarkan Utiliti Penginapan Resort Di Langkawi

Hotel Shangri-La Kini Tawarkan Ciri ‘Buy First, Pay Later’ Di Rangkaian Malaysia