Marcapada ini, kecanggihan dan kemodenan teknologi semakin pesat membangun. Teknologi moden yang dicipta pada masa kini dilihat menyenangkan dan memudahkan urusan orang ramai.
Baru-baru ini, menerusi akaun media sosial Twitter @shaifull, beliau telah memuat naik dan berkongsi satu hasil ciptaan pasukannya iaitu robot troli bergerak.
At last robot dah start pakai kat hospital Uitm Sg Buloh…Proud of my team…locally made pic.twitter.com/lYKwf1EvTW
— Shaifull Othman (@shaifull) December 25, 2019
Berdasarkan perkongsian tersebut, robot itu dikatakan telah digunakan di sebuah hospital UiTM Sungai Buloh dan digunakan untuk membawa peralatan ke sekitar hospital.
Beliau turut mengajak orang ramai yang berminat untuk menjadi pelatih atau yang ingin terlibat dalam program robot ini untuk menyertai pasukan beliau.
Sesiapa yg berminat nak menjadi pelatih atau terlibat dalam program robot ini..atau mempunyai idea idea innovasi yg berkaitan dgn robot atau AI..boleh la email kepada shaifull.naim@sailcott.com atau www.sailcott.
Kami perlukan idea anda— Shaifull Othman (@shaifull) December 28, 2019
Usaha beliau dan pasukannya dalam menghasilkan robot tersebut sangat memdapat sokongan dari netizen. Rata-rata netizen memuji dan ada juga yang berjenaka dengan mengatakan seram jika ternampak troli ini bergerak pada waktu tengah malam.
https://twitter.com/mxhdh__/status/1210410240232935425
Bagus 👍🏻, tapi disebabkan dekat hospital dia jadi seramla 😖
— Ah Meal✨ (@muzxmml) December 26, 2019
https://twitter.com/AffiqKimiLer/status/1210186804055302144
Terdahulu, pelajar Malaysia raih 5 pingat di pertandingan robotik antarabangsa. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
https://www.thevocket.com/tewaskan-jepun-dan-korea-selatan-pelajar-malaysia-rangkul-5-pingat-di-pertandingan-robotik-antarabangsa/
https://www.thevocket.com/misi-pertama-bersihkan-sampah-di-ruang-angkasa-akan-dilancarkan-pada-tahun-2025/