Honor Malaysia baru sahaja melangsungkan acara pelancaran model peranti pintar premium mereka iaitu Honor Magic4 Pro untuk pasaran tempatan hari ini. Peranti pintar terbaharu Honor kini membawakan sejumlah sentuhan magik yang membuatkan ia sangatlah hebat.

Honor Magic4 Pro

Sumber Gambar: Honor Malaysia

Dari segi spesifikasi dalaman, Magic4 Pro dijana dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen1 serta dilengkapi memori LDDR4 sebanyak 12GB dan storan UFS 3.1 512GB. Digabungkan pula dengan paparan skrin LTPO Quad-Curved OLED bersaiz 6.81 inci dengan resolusi Full HD+ serta sokongan refresh rate 120Hz.

Paparan skrin ini juga boleh menjimatkan bateri dengan mengadaptasi teknologi Motion-Sync yang menyelaraskan refresh rate daripada 1Hz kepada 120Hz secara automatik mengikut keperluan aplikasi atau aktiviti seharian. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan teknologi paparan HDR10+ yang menjanjikan pengalaman tontonan yang menakjubkan.

Sumber Gambar: Honor Malaysia

Pada kali ini, aspek fotografi juga diberikan fokus utama yang sedia menampilkan konsep Ultra Fusion Photography dengan penawaran sistem kamera empat lensa termasuklah 50+64+50 MP dengan sensor TOF dan juga sokongan IMAX Enchanced. Kamera ini juga dilihat mampu merakam video pada resolusi 4K 60FPS bersama sentuhan Cinematic 3D LUT.

Sumber Gambar: Honor Malaysia

Sementara untuk bahagian bateri pula, Honor Magic4 Pro kini hadir dengan bateri bersaiz 4,800 mAh bersama sokongan untuk pengecasan pantas Honor Supercharge 100W menerusi wayar dan juga wireless dengan nilai kuasa yang sama. Kedua-dua kaedah pengecasan ini boleh mengecas bateri peranti anda dari 0% ke 100% dalam 30 minit sahaja.

Sumber Gambar: Honor Malaysia

Honor Malaysia menyatakan bahawa pra-tempah untuk Honor Magic4 Pro telah dibuka bermula hari ini sehingga 10 Jun kelak dengan harga pengenalan RM3,999 sahaja. Terdapat tiga pilihan warna peranti yang boleh didapatkan untuk pasaran tempatan iaitu Cyan, Gold dan Black.  Pilihan warna Gold dikatakan warna eksklusif untuk pasaran Malaysia.

Menerusi pra-tempahan yang dibuat juga akan memberi setiap pembeli Honor Magic4 Pro dengan hadiah-hadiah percuma termasuklah jam pintar Honor GS3, rangka peranti Honor Magic4 Pro, waranti tambahan dan juga perlindungan skrin retak selama enam bulan. Anda boleh klik di sini untuk membuat pra-tempahan Honor Magic4 Pro.

Ikuti juga berita-berita teknologi terkini yang disajikan oleh pihak editorial untuk meneruskan bacaan.

Hotel Esport SEM9 Muncul Sebagai Hotel Gaming Pertama Malaysia Di Senai, Johor

Operator Robot Kedai Serbaneka Di Jepun Sedia Ditawarkan Dengan Gaji Setinggi RM62 Sejam

Sumber