Mula diberi fokus ketika Huawei disekat Amerika Syarikat serta syarikat Google, HongMeng OS nampaknya bakal menjadi sistem operasi altenatif kepada telefon pintar keluaran Huawei.

Terbaru, menerusi perkongsian daripada Huawei Central, HongMeng OS sudah mula ditawarkan buat beberapa penguji. Siapa sangka, meskipun dalam peringkat awal dikatakan prestasi HongMeng OS lebih pantas berbanding Android.

Huawei-Mate-20-Pro
Sumber: Android Result

Selain itu, difahamkan interface, ikon serta bunyi pada HongMeng OS juga turut berbeza berbanding ROM EMUI yang digunakan pada Android. Sekiranya prestasi sistem operasi ini menunjukkan reaksi yang positif pastinya HongMeng OS bakal menggugat penguasaan Android serta jenama telefon pintar lain keluaran China.

Walau bagaimanapun, model telefon pintar yang diuji dengan sistem operasi ini tidak dikongsikan kepada umum sekaligus menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai. Sebelum ini, CEO Huawei turut mengatakan perkara yang sama dimana HongMeng OS jauh lebih pantas berbanding Android dan macOS.

Screen Shot 2019-07-10 at 2.08.24 PM
Sumber: CNET

Sama-sama kita nantikan pada 9 Ogos ini dimana Huawei bakal mengadakan aturcara Huawei Global Developers Conference (HDC) dimana orang ramai bakal mendapat info lanjut mengenai HongMeng OS serta model Huawei Mate 30.