Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat pelbagai jenama berusaha untuk menawarkan smartwatch dan smartband bersesuaian dengan kegunaan pengguna pada masa kini.
Jenama heyplus juga tidak terkecuali. Membawakan tagline Born to Brave, heyplus dilihat mengambil pendekatan berbeza dalam membawa keunikan buat para pengguna dengan menawarkan model mampu milik serta sarat dengan fungsi buat para pengguna.
heyplus Watch
Model pertama yang dilancarkan adalah heyplus Watch. Hadir dengan rekaan seakan model smartwatch terkenal, heyplus Watch ditawarkan dengan skrin 1.78-inci AMOLED serta Retina Display dan Bright View.
heyplus Watch sedia menawarkan masa penggunaan sehingga 21 hari untuk satu pengecasan penuh serta hadir dengan sokongan lebih 100 mod sukan. Sokongan pengesanan kadar oksigen dalam darah antara yang turut disertakan pada model mampu milik ini.
heyplus Watch Air
heyplus Watch Air pula hadir dengan rekaan yang lebih berfesyen serta saiz skrin yang sedikit kecil iaitu 1.69-inci. Ketebalan saiz jam serendah 9.9mm antara yang membuatkan model ini tampak lebih bergaya. heyplus Watch Air jga turut menawarkan sokongan kalis air dan juga debu. Serius menarik!
heyplus Band 1S
Khusus buat anda yang kerap menggunakan smartband, heyplus Band 1S pastinya menjadi pilihan anda berdasarkan fungsi serta harga yang ditawarkan.
Model ini hadir dengan skrin 0.95-inci AMOLED beserta sokongan 16 juta warna. Bukan itu sahaja, model ini jga tahan lasak dengan sokongan Gorning Gorilla Glass pada bahagian skrin.
Penawaran bateri sehingga 18 hari serta kalis air sehingga 50 meter pastinya memudahkan pengguna untuk menggunakan model ini bagi menjalani tugas seharian.
Harga
Mengulas mengenai harga, heyplus Watch sedia ditawarkan pada harga serendah RM249 sahaja manakala harga asalnya adalah RM599.
Model heyplus Watch Air pula sedia ditawarkan pada harga promo terhad serendah RM149 sahaja manakala harga asalany adalah RM499.
heyplus Band 1S boleh didapatkan pada harga promosi serendah RM69 sahaja berbanding harga asalnya iaitu RM299. Para pengguna yang berminat serta mahu menjadi yang terawal memiliki model terbaru heyplus ini boleh mendapatkannya dengan klik di sini.
Tular pada minggu lalu apabila wanita Australia ini memperoleh durian runtuh apabila menerima wang refund berjumlah RM46.6 juta daripada laman Crypto.
Wanita Australia Ini Secara Tidak Sengaja Terima Wang ‘Refund’ RM46.6 Juta Daripada Laman Crypto
“Tidak Perlu Dipulangkan Semula, Pelajar Boleh Ambil Terus Tablet PerantiSiswa Yang Diterima”- PM