Tempat mengecas telefon awam dilihat sebagai syurga buat para pengembara yang telefonnya menunggu masa untuk mati, tetapi melalui satu laporan Business Insider, ianya adalah tempat paling berisiko di lapangan terbang.
Dengan cuti sekolah yang panjang dan beberapa keluarga mungkin sudah merancang jadual perjalanan mereka. Keselamatan bukan sahaja perlu dititikberatkan melalui fizikal sahaja, tetapi juga barang-barang elektronik.
Menurut akhbar terbabit, biarpun tempat mengecas telefon awam yang terdapat di lapangan terbang dilihat hanyalah sebuah tempat biasa, tetapi penjenayah mampu untuk mengodam telefon anda dengan menggunakan malware jika anda mencucuk peranti anda di tempat USB.
Malware adalah perisian yang direka khusus untuk mengganggu, merosakkan, atau mendapatkan akses secara haram kepada sistem komputer anda.
Dengan menggunakan malware, penjenayah mampu untuk mengakses data – termasuk kata laluan, gambar dan dokumen penting di dalam telefon atau komputer anda.
Para pakar menasihatkan agar pengembara membawa bateri mudah alih atau lebih dikenali sebagai powerbank untuk tujuan mengecas telefon.
Pilihan yang lebih baik adalah mengecas telefon atau tablet anda ke dalam saluran kuasa (AC). Sebaiknya bawa bersama soket pengecas telefon anda bersama sewaktu mengembara.
Berikut adalah garis panduan buat kaum wanita jika anda memilih untuk mengembara secara solo. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.
https://www.thevocket.com/anda-wanita-yang-bakal-travel-solo-ini-19-tip-keselamatan-untuk-rujukan/
https://www.thevocket.com/diragut-ketika-travel-di-afghanistan/
https://www.thevocket.com/kisah-pengembaraan-menk-di-nepal/