Kehadiran teknologi pencetakan tiga dimensi ini telah menunjukkan betapa pesatnya kemajuan yang telah dicapai oleh manusia pada hari ini. Teknologi baharu ini berjaya menarik perhatian ramai dan mempunyai keupayaan yang luar biasa. Mari pelajari bagaimana 3D printer berfungsi dan mampu memberikan impak yang besar dalam kehidupan seharian pengguna.

3D printer

3D printer adalah sebuah mesin teknologi yang membentuk gulungan wayar plastik kepada apa bentuk jua objek yang anda mahukan. Dengan menggunakan perisian designing menerusi komputer, anda sudah mencetak kepada sebarang objek fizikal dengan menggunakan mesin pencetak.

Terdapat 3 komponen utama pada sesebuah 3D printer yang merangkumi paparan, extruder, dan pelantar binaan atau plat. Paparan kawalan berfungsi untuk berkomunikasi dengan mesin tersebut dan anda boleh memberikan arahan untuk mencetak sebarang objek pada kad memori yang anda masukkan ke dalamnya.

3d printer
Sumber Gambar:all3dp

Exteruder pula akan mengambil wayar plastik panjang yang dikenali sebagai filamen dan memanaskannya sehingga mudah untuk dibentuk yang mana ia membenarkan pencetakan menghasilkan objek yang diingini

Semua komponen ini akan berkerjasama untuk mencetak sesuatu objek dalam tiga dimensi. Untuk menghasilkan sesuatu objek menerusinya, mesin pencetak ini perlu membuat secara berperingkat dari satu lapisan ke satu lapisan yang lain.

Sumber Gambar: 3D printing

Masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesebuah prototaip tersebut bergantung pada tahap kompleks rekaan serta saiznya dan kemampuan mesin pencetak tersebut. Sebahagian prototaip boleh memakan masa dari 30 minit sehingga 7 hari lamanya untuk disiapkan. Anda boleh mencetak rekaan sendiri mahupun memuat turun fail di internet hasil projek yang dikongsikan oleh pengguna lain.

Kegunaan mesin 3D printer dalam kehidupan

3d printer
Sumber Gambar: all3dp

Mesin pencetak 3D boleh didapati dalam saiz kecil untuk penggunaan pensendirian di rumah. Pengguna boleh menghasilkan pelbagai objek yang diingini seperti kereta mainan, patung figura dan sebagainya. Semua ini boleh dibuat dengan sendiri tanpa perlu dihantar ke kilang untuk pemprosesan produk tersebut.

Dalam pada itu, terdapat juga 3D printer yang didatangkan dengan saiz lebih besar untuk kegunaan di dalam pelbagai industri. Mesin ini sudah mula digunakan untuk membuat panel bahagian kereta kerana ia lebih kos efektif serta mudah meneliti sebarang kelemahan padanya.

Malah, kini sudah terdapat mesin pencetak yang sangat besar sehinggakan mampu menghasilkan sebuah rumah dan jambatan.

3d printer
Sumber Gambar: Mdlinx

Dalam industri perubatan pula, 3D printer telah digunakan untuk mencetak bahagian-bahagian anggota badan palsu seperti tangan, telinga dan sebagainya. Dalam bidang aeroangkasa dan pertahanan pula, mesin pencetakan ini digunakan untuk mencetak alat-alat ganti dalam jumlah yang sedikit dengan pantas dan mudah.

Dari segi harga sesebuah mesin pencetak boleh didapati dengan serendah RM620 untuk model asas. Akan tetapi, terdapat penawaran model yang lebih advance serta berkualiti yang mampu mencecah hingga ribuan ringgit. Untuk plastik filamen yang digunakan untuk membuat model projek, ia boleh didapati dengan harga serendah RM37 sahaja.

Kebolehan mesin 3D printer menghasilkan pelbagai prototaip dalam menyelesaikan masalah kehidupan seharian kita sememangnya sangat mengagumkan. Tambahan pula, kita turut boleh menjaga alam sekitar dengan penggunaan bahan berasaskan biodegradasi yang mesra alam.

Sementara itu, anda boleh mengetahui tentang teknologi deepfake yang sering digunakan untuk pelbagai tujuan pada hari ini.

Wanita Ini Berkongsi Tentang Teknologi Deepfake Yang Sering Diguna Untuk Pelbagai Tujuan

Facebook Bakal Haramkan Video Deepfake Pada ‘Timeline’ Anda