Dunia maya atau istilah metaverse telah menjadi perhatian netizen setelah syarikat Meta mengumumkan bakal memfokuskan hala tuju kepada metaverse.

Untuk pengetahuan, terdapat pelbagai dunia maya yang sedia ada pada hari ini dan salah satu nama yang terkenal adalah Decentraland. Dunia maya ini membolehkan anda membeli hartanah, melawat bangunan dan berinteraksi bersama pengguna lain.

Terbaharu, pada hari ini telah berjaya direkodkan penjualan hartanah maya yang dijual menerusi dunia maya Decentraland pada harga $2.429 juta (~RM10 juta). Decentraland telah mengintegrasikan penggunaan blockchain yang mana setiap objek dalam dunia tersebut merupakan aset kripto.

Matawang yang digunakan dalam ekonomi dunia maya tersebut dikenali sebagai MANA dan sebanyak 618,000 MANA telah dibelanjakan oleh pihak Metaverse Group dalam mendapatkan hartanah berkenaan.

Tanah maya yang dibeli bakal dibangunkan untuk menjadi Fashion Street yang menganjurkan acara fesyen digital dalam menjual pakaian maya avatar.

Selain daripada itu, ketahui juga lima permainan kripto yang boleh dimainkan dalam menjana pendapatan sampingan.

5 Permainan Kripto Yang Anda Boleh Cuba Untuk Jana Pendapatan Sampingan

Axie Infinity, Permainan Yang Boleh Menjana Pendapatan Berasaskan Kriptowang

Sumber