Sejak pada November lalu, Twitter telah memperkenalkan fungsi seakan Instagram Stories dikenali sebagai Fleet. Pihak Twitter beranggapan dengan kehadiran fungsi ini dapat menarik lebih banyak pengguna untuk mencuba fungsi berkenaan di platfrom tersebut namun ianya tidak menjadi.
Menurut Twitter, antara sebab fungsi ini akan dihapuskan adalah berikutan kekurangan sambutan dan aktiviti menerusi fungsi tersebut dan dapat dilihat sebilangan kecil pengguna tegar Twitter sahaja yang memanfaatkannya. Tambahan pula, mereka masih mencari jalan cara untuk menarik lebih ramai orang untuk menggunakan platform Twitter dan fungsi yang tersedia.
https://twitter.com/Twitter/status/1422609438557491205?s=20
Perkara ini turut diutarakan oleh beberapa ahli pasukan produk mereka sendiri yang mengatakan fungsi Fleet hanyalah klon daripada platform lain tanpa sebarang ciri menarik yang ditambah. Oleh hal yang demikian, pihak Twitter masih membangunkan beberapa fungsi terbaru yang mungkin akan diperkenalkan pada masa akan datang.
Buat pengguna tegar Twitter di luar sana, anda boleh menjangkakan lebih banyak fungsi yang akan ditambah pada masa kelak. Hal ini pasti boleh menarik lebih ramai pengguna sekiranya mereka mampu menampilkan sesuatu yang unik berbanding daripada platform lain.
Ini antara fungsi Twitter yang menarik sedang diuji dengan menawarkan E-Dagang dalam memudahkan urusan jual beli secara terus.
Twitter Sedang Menguji Fungsi E-Dagang Dalam Memudahkan Urusan Jual Beli Secara Terus
Twitter Terpaksa Ambil Tindakan Terhadap Donald Trump Yang Mendakwa ‘Imun’ Daripada COVID-19